3 pemain dari pasukan Liga Perdana telah pun ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akibat kesalahan mengambil suapan bernilai ribuan ringgit – lapor Berita Harian.
3 pemain tempatan itu dikatakan telah mengambil suapan bernilai RM10 ribu ke RM 30 ribu dalam menentukan keputusan bagi perlawanan yang diadakan di Liga Perdana.
Kedudukan corot
Menurut laporan Berita Harian, selepas pihak SPRM meneliti kedudukan pasukan 3 tahanan tersebut didapati mereka adalah dari pasukan yang berada di kelompok bawahan Liga Perdana ketika ini.
Hasil dari pendedahan SPRM, 3 pemain tersebut telah pun mengaut keuntungan beratus ribu ringgit hasil daripada perkara yang mereka lakukan ini.
SPRM juga memberitahu yang ini bukanlah tangkapan terakhir yang mereka akan lakukan.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki akan ada lebih banyak lagi tangkapan dilakukan bagi memastikan rasuah tidak mencemarkan sukan nasional ini.
“Setakat ini hanya tiga individu yang ditahan tetapi SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung siasatan kes itu pada masa terdekat.”
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu,” katanya lagi.
Pihak SPRM turut memberi bayangan yang masalah rasuah ini masih lagi membelenggu bola sepak Malaysia dan mereka komited untuk membasminya.
Baca juga: Adakah Ndumba Makeche Bakal Sertai Pasukan Pahang?