Malaysia akhirnya berjaya memulakan kempen Pestabola Merdeka dengan langkah kanan, selepas pasukan kendalian Kim Pan-gon itu mudah menundukkan cabaran India menerusi keputusan 4-2.
Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan Malaysia berjaya melangkah ke final untuk membuat perhitungan seterusnya berdepan Tajikistan pada 17 Oktober akan datang.
Gandingan Berbisa Arif Aiman & Faisal Halim Pastikan Malaysia Mudah Atasi India
Pada aksi tersebut, empat jaringan Malaysia terhasil menerusi Dion Johan Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, serta ledakan pertahanan kental negara iaitu Corbin Ong.
India pula mendapat dua jaringan sagu hati pada perlawanan tersebut menerusi Mahesh Naorem serta penyerang berbisa mereka iaitu Sunil Chhetri.
Sepanjang aksi berlangsung, Malaysia jelas mempamerkan aksi cukup berkualiti untuk mengejutkan India yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi berbanding skuad negara.
Malah beberapa pemain Harimau Malaya dianggap mempamerkan aksi cukup menonjol untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka di laman sendiri.
Faisal Halim
Pemain yang sentiasa konsisten beraksi dengan sangat cemerlang dalam mana-mana perlawanan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya sejak bawah kendalian Kim di posisi serangan.
Untuk aksi semalam, Faisal sekali lagi membuktikan dirinya sebagai aset utama skuad kebangsaan menerusi satu gol serta satu bantuan jaringan bersama prestasi cukup memukau.
Malah, pemain ini juga berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan begitu baik serta menjadi antara paling menonjol dalam mencipta peluang mendapatkan gol.
Arif Aiman Hanapi
Pemain muda ini jelas berada dalam momentum tersendiri kini untuk menjadi antara pemain paling menyerlah sepanjang tempoh perlawanan berlangsung.
Kelincahan Arif bukan sahaja merosakkan disiplin pertahanan lawan, malah ia membuka beberapa peluang terbuka buat Harimau Malaya untuk mendapatkan jaringan.
Kombinasi permainan dicipta Arif bersama Faisal jelas begitu menyakinkan sehingga mendapat banyak pujian positif menerusi para penyokong di media sosial.
Dion Cools
Pertahanan tengah negara ini boleh dianggap sebagai pemain paling tenang dan sangat yakin sepanjang perlawanan berlangsung untuk menyerap tekanan pasukan lawan.
Keputusan Masa Penuh
Pestabola Merdeka 2023 | Jumaat, 13 Oktober 2023
MALAYSIA 🇲🇾 4-2 🇮🇳 INDIA
⚽️ Dion Cools 7' Arif Aiman Hanapi 20' (P) Faisal Halim 42' La'Vere Corbin-Ong 61'
⚽️ Naorem Mahesh Singh 13' Sunil Chhetri 51' #FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/rLctDa7CvM— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2023
Selain meledak jaringan sulung perlawanan, kelibat Cools dianggap sangat penting untuk memastikan disiplin pertahanan negara tidak berselerak dan kekal tenang menghadapi lawan.
Malah, Cools juga menjadi antara pemain yang sentiasa memenangi perebutan bola di udara, dan hantaran-hantaran beliau dari bawah membuka banyak ruang untuk pasukan negara mengatur serangan.