3 Pemain Di EPL Yang Berpeluang Mendapat Kaps Pertama Skuad Kebangsaan Minggu Ini

Tumpuan peminat dan pemain bola sepak seluruh dunia pada minggu ini pastinya tertumpu kepada perebutan slot pasukan-pasukan negara untuk melayakkan diri bagi beraksi di Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Russia pada bulan Jun tahun hadapan.

Termasuk Russia yang layak secara automatik selaku tuan rumah, sudah 8 pasukan mengesahkan tiket mereka untuk beraksi dalam saingan paling berprestij dunia itu.

Antara pasukan yang sudah mengesahkan tempat adalah Brazil, Mexico, Belgium dan empat pasukan Asia, Iran, Jepun, Korea Selatan serta Arab Saudi.

Baki dua perlawanan kelayakan akan berlangsung minggu ini dan terdapat beberapa nama baharu atau masih belum pernah membuat sebarang kaps yang dipanggil untuk memperkuatkan pasukan negara mereka (pemain di Liga Perdana Inggeris).

Peluang ini juga mungkin kita dapat melihat mereka akan melakukan penampilan pertama selepas beraksi dengan baik bersama kelab masing-masing dalam saingan liga.

Antara pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan adalah :

1) Harry Winks (England)

pemain
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 19: Harry Winks of Tottenham during the Carabao Cup Third Round match between Tottenham Hotspur and Barnsley at Wembley Stadium on September 19, 2017 in London, England. (Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Pemain Tottenham Hotspur yang berusia 21 tahun dipanggil untuk bersama-sama pasukan selepas Phil Jones dan Fabian Delph terpaksa diketepikan akibat mengalami kecederaan. 

Winks diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dan berjaya beraksi penuh dalam perlawanan terakhir Spurs ketika menang 4-0 keatas Huddersfield Town pada hujung minggu lalu.

Beliau juga sebelum ini tiga kali dimasukkan sebagai pemain simpanan oleh Mauricio Pochettino dalam saingan liga dan diturunkan sebanyak tujuh perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Ini merupakan kali pertama beliau dipanggil untuk bersama skuad senior England.

2) Harry Maguire (England)

LEICESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 09: Harry Maguire of LeicesterCity and Willian of Chelsea battle for possession during the Premier League match between Leicester City and Chelsea at The King Power Stadium on September 9, 2017 in Leicester, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Ini merupakan kali kedua Harry Maguire dipanggil oleh Gareth Southgate. Kali pertama adalah pada September lalu sewaktu England menghadapi Malta dan Slovakia.

Maguire merupakan pemain utama buat Leicester City pada musim ini setelah berpindah dari Hull City apabila beraksi penuh dalam kesemua 7 perlawanan setakat ini buat kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau juga berjaya menghasilkan satu jaringan dan dua bantuan jaringan serta membantu Leicester dari tidak dibolosi dalam tiga perlawanan liga.

3) Ederson Moraes (Brazil)

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 23: Ederson Moraes of Manchester City during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on September 23, 2017 in Manchester, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Penjaga gol kedua termahal di dunia dengan nilai €40 juta ini telah memberikan impak segera yang meyakinkan apabila berjaya mengawal gawangnya dengan begitu baik apabila tidak dibolosi dalam tujuh perlawanan sepanjang 9 penampilan bersama Manchester City setakat ini.

Prestasi baik yang ditampilkan penjaga gol berusia 24 tahun itu tidak mustahil untuk mendapat peluang beraksi tatkala skuad Samba itu sudah pun terlebih dahulu menempah tiket ke Russia.

Ini merupakan kali ketiga Ederson dipanggil oleh ketua jurulatih Brazil, Tite untuk menyertai pasukan.

Alisson Becker merupakan penjaga gol utama buat Brazil ketika ini.

Sumber :

TheFA (2017) – http://www.thefa.com/news/2017/sep/28/gareth-southgate-england-mens-squad-fabian-delph-world-cup-qualifiers-slovenia-lithuania-280917

Soccer Laduma (2017) – http://www.soccerladuma.co.za/news/articles/international/categories/world-news/brazil-announce-squad-for-final-2018-fifa-world-cup-qualifiers-snub-8-stars/279975

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN