Kapten Selangor, Brendan Gan yang disahkan menghidap penyakit kanser testis sebelum ini akhirnya kembali menjalani latihan bersama pasukannya.
Perkembangan tersebut pastinya amat bermakna buat penyokong The Red Giants untuk melihat pemain tengah Harimau Malaya itu kembali cergas selepas menjalani pembedahan dan beberapa siri rawatan.
Imejnya yang ‘botak’ tanpa rambut itu pastinya kesan dari rawatan kimoterapi.
Kanser dianggap salah satu penyakit paling kronik dan amat ditakuti oleh sesiapa sahaja. Ia memberikan impak bukan sahaja kepada fizikal, tetapi juga terhadap mental atau emosi pesakit serta keluarga.
We cover up most of our insecurities with layers and we show the world what we feel comfortable showing.
Time to peel off some of those layers and show that this is the reality of my fight through testicular cancer 🧑🏼🦲
We can overcome anything!#ithasBGAN #TesticularCancer pic.twitter.com/lZ6F6TXJDA
— Brendan Gan (@brendan_gan) September 6, 2021
Tetapi dengan bantuan teknologi perubatan yang ada pada hari ini, semakin ramai pesakit kanser yang berjaya pulih dan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
Maka timbul persoalan, bagi pemain bola sepak seperti Brendan Gan atau atlet-atlet lain, sekiranya mereka pulih dari penyakit kanser ini, adakah mampu untuk beraksi semula?
Berikut adalah kisah tiga orang pemain bola sepak profesional yang berjaya melawan penyakit kanser.
Jonas Gutierrez
Nama bekas pemain kebangsaan Argentina ini mungkin cukup dikenali oleh peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan kariernya di Newcastle United agak memberangsangkan.
Ketika kelab tersebut tersingkir ke Liga Kejuaraan pada 2009, beliau kekal bersama The Toons dan membantu pasukannya kembali ke liga utama pada musim berikutnya.
Tetapi pada Mei 2013, berlaku pelanggaran antara Gutierrez dengan pemain pertahanan Arsenal, Bacary Sagna yang menyebabkan kesakitan pada alat sulitnya.
Selepas mendapatkan khidmat nasihat dari doktor, beliau telah membuat satu pemeriksaan kesihatan pada 2014. Hasil imbasan, didapati terdapat ketumbuhan pada testis kirinya dan beliau didiagnosis dengan kanser testis.
Tanpa memberitahu perkara itu kepada umum, Gutierrez kembali ke Argentina untuk menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi di Buenos Aires.
Selepas 17 bulan menjalani proses pemulihan, beliau telah kembali ke Newcastle, tetapi pengurus ketika itu, Alan Pardew telah meminta beliau mencari kelab baharu dan menyertai Norwich City secara pinjaman pada Januari 2014.
Pada Mac 2015 beliau akhirnya membuat penampilan pertama untuk Newcastle sejak pulih sepenuhnya dan diturunkan sebagai pemain gantian dalam aksi menentang Manchester United.
❤️ Throwback to when Jonas Gutierrez beat cancer, came back and scored the goal that confirmed Newcastle's survival in the Premier League.
Incredible moment pic.twitter.com/ml5LOn1eEo
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) November 17, 2020
Gutierrez dilepaskan oleh Newcastle sebaik sahaja musim itu berakhir. Atas tekad yang kuat, beliau terus beraksi untuk Deportivo La Coruna, Defense y Justicia, Independiente sebelum mengakhiri kariernya bersama Banfield pada 2019.
Arjen Robben
Agak mengejutkan kerana pemain sayap Belanda ini didiagnosis dengan kanser testis seawal usia 20 tahun. Ianya tidak lama selepas beliau tiba di Barat London untuk menyertai Chelsea pada 2004.
Apabila disahkan terdapat ketumbuhan pada testis kirinya, doktor mencadangkan agar pembedahan dibuat dengan kadar segera
Namun Robben seakan-akan tidak percaya dengan hakikat itu, lalu meminta untuk membuat pemeriksaan semula bagi mengesahkan penyakitnya itu.
Dalam tempoh untuk mendapat keputusan, Robben mengatakan ia merupakan tempoh yang amat dahsyat dan mengerikan dalam hidupnya sehingga ketika itu beliau percaya bola sepak sudah tidak ada makna lagi kepadanya.
Baginya yang lebih penting adalah untuk menjadi sihat dan menjalani kehidupan yang baik bersama keluarga.
“@GeniusFootball: Arjen Robben pic.twitter.com/Fbs8IkVadT” The worst one yet. Robben was tested for testicular cancer and given the all-clear.
— Si (@PhantomGoal) August 12, 2013
Selepas pulih sepenuhnya, karier hebat Robben terutamanya sewaktu mencapai puncak kegemilangan di Bayern Munich tidak perlu diceritakan lagi.
Eric Abidal
Salah satu detik terbaik dalam dunia bola sepak adalah ketika Carles Puyol menyarungkan lilitan kapten kepada Eric Abidal sewaktu upacara penyerahan trofi Liga Juara-Juara Eropah selepas dalam perlawanan akhir di Wembley pada 2011.
Ia merupakan penghargaan buat pemain bek kiri Perancis itu dalam perjuangannya melawan menyakit kanser hati tidak lama sebelum beliau menampilkan aksi luar biasa untuk membantu Barcelona menumpaskan Mancehster United 3-1.
Éric Abidal:
7 League titles
2 Copa del Rey
2 Super Cup
2 Club World Cup
2 Champions League..and he beat cancer. pic.twitter.com/FQIW5IcKLF
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 18, 2014
Diagnosis awal oleh doktor pada Mac 2011 memaklumkan terdapat ketumbuhan pada hatinya dan beliau terus menjalani pembedahan.
Selepas Barcelona membuat pengumuman menenai keadaan Abidal, pemain dan peminat bola sepak di seluruh dunia melahirkan sokongan kepadanya melalui pebagai medium seperti surat, media sosial, laman web dan sebagainya.
Tetapi pada awal 2012, keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot dan Barcelona mengumumkan beliau perlu menjalani pembedahan pemindahan hati.
Salah seorang yang menawarkan untuk menderma hati adalah Dani Alves, tetapi Abidal menolak kerana tidak mahu karier rakan sepasukannnya terjejas. Akhirnya sepupunya, Gerard menjadi penderma dan proses pembedahan berjalan dengan lancar.
Eric Abidal reveals ex-Barca team-mate Dani Alves offered his liver during cancer treatment http://t.co/ENqRBKMJX3 pic.twitter.com/LvqT6vrxOM
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 6, 2015
Pada Mei 2012, Abidal dibenarkan untuk keluar dari hospital dan menjalani proses pemulihan di rumah dan telah mula menjalani latihan bersama pasukannya pada Oktober 2012.
Akhirnya pada Mac 2013, beliau mendapat lampu hijau untuk kembali beraksi bersama pasukan dan sempat beraksi beberapa perlawanan untuk Barcelona sebelum meninggalkan pasukan kesayangannya itu pada penghujung musim.
Abidal kemudian menyertai Monaco dan mengakhiri kariernya di Olympiacos.
Sebelum menyertai Barcelona, Abidal merupakan anggota skuad emas Lyon yang menjuarai Ligue 1 tiga kali berturut-turut pada 2005 hingga 2007 dan membantu skuad kebangsaan Perancis mara sehingga perlawanan akhir Piala Dunia 2006.
Penutup
Ada lagi beberapa nama pemain bola sepak yang mungkin tidak dapat ditulis secara terperinci mengenai perjuangan mereka dalam melawan penyakit ini seperti Lubo Penev, Jose Molina dan German Burgos.
Penyakit kanser ini tidak pernah mengenal batasan, tidak kira tua atau muda, kuat atau lemah, miskin mahu pun kaya, siapa sahaja berisiko untuk menghidapinya tanpa disedari.
Kisah-kisah mereka yang tidak berputus asa berdepan dengan hakikat pahit, seterusnya berjuang untuk sembuh dari kanser dan kembali mencipta nama di pentas dunia ini menjadi menjadi inspirasi buat Brendan Gan dan kita semua.