3 Pemain Baharu Sertai Sabah, Persediaan Untuk AFC?

Sabah sudah pun menamatkan kempen saingan Piala Malaysia musim ini, setelah mereka sekadar terkandas di pusingan separuh akhir apabila ditewaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi keputusan agregat 1-4, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa menelan hakikat mengenai begitu banyak kelemahan perlu diperbaiki untuk persediaan musim hadapan.

Dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak yang mengalami kecederaan, Sabah jelas gagal untuk beraksi dengan lebih baik dan terpaksa menerima serangan bertali arus daripada pasukan tuan rumah.

Untuk saingan musim hadapan, skuad tersebut dikhabarkan sudah pun mendapatkan khidmat tiga tonggak baharu untuk memperkukuhkan senarai pemain Sabah tahun 2023.

Berdasarkan situasi terkini, peluang untuk mereka beraksi di pentas AFC musim hadapan masih lagi ada sekiranya JDT menjuarai Piala Malaysia 2022.

Disebabkan itu, tidak salah untuk Kim Swee mula melakukan rekrut terbaharu untuk dibawa masuk memperkukuhkan jentera pasukannya musim hadapan.

Semalam, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam telah pun berkongsikan tiga nama pemain yang bakal menyertai Sabah musim hadapan.

Tiga pemain disebut Zulhelmi itu adalah Irfan Zakaria, Darren Lok, serta S. Kumaahran yang dikatakan telah pun menandatangani kontrak bersama Sabah pada musim hadapan.

“Berakhir cabaran dalam kempen Piala Malaysia, Sabah FC akan tampil lebih kuat musim depan apabila difahamkan telah menandatangani Irfan Zakaria dari KL City FC, Darren Lok dan S. Kumaahran dari PJ City FC,” jelas Zulhelmi di Twitter semalam.

Untuk rekod, Irfan Zakaria antara pemain pertahanan tempatan yang sangat menyerlah musim ini menerusi gandingan beliau bersama Giancarlo Gallifuoco dalam skuad KL City.

Gandingan kedua pemain ini berjaya membawa KL City untuk mara ke peringkat akhir Piala AFC sebelum ditewaskan oleh Al-Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Untuk Darren Lok pula, Sabah dilihat mengambil keputusan yang sangat tepat untuk mendapatkan pemain tersebut lebih awal.

Selepas Petaling Jaya City (PJ City) sah akan dibubarkan, pemain ini pastinya menjadi rebutan ramai pasukan atas faktor ketajaman beliau di hadapan gol sejak beberapa musim ini.

Tetapi sebelum itu, ura-ura penyertaan Darren bersama Sabah telah pun tersebar lebih awal di media sosial, setelah isteri pemain tersebut dikatakan mencari rumah sewa di sana menerusi Facebook.

Turut bakal memperkuatkan Sabah ialah rakan sepasukan Darren iaitu Kumaahran yang juga berjaya memberi impak positif di posisi serangan PJ City musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN