3 Pemain Baharu Dianggap Suatu Keperluan Besar Buat Kuching City

Kuching City kini boleh dianggap sebagai salah satu pasukan yang paling aktif menandatangani khidmat pemain baharu selepas jendela perpindahan kedua Liga Super telah dibuka beberapa hari lalu.

Selepas tampil begitu memuaskan pada awal musim kedua mereka di pentas Liga Super bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, jelas beberapa kelemahan masih lagi ada untuk terus diperbaiki.

Jika diimbas pada awal musim, pasukan itu tampil dengan perubahan ketara menerusi ramai muka-muka baharu ditandatangani di serata posisi termasuk membabitkan import.

Antara nama besar ditandatangani termasuk bekas penyerang import Terengganu iaitu Jordan Mintah, Tchetche Kipre, serta mendapatkan khidmat Danial Amier secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Impak kemasukan para pemain ini menyaksikan Kuching City berubah secara drastik jika dibandingkan musim lalu atas pengalaman serta kualiti dimiliki untuk memberi persaingan bersama kelab lain.

Apatah lagi kemasukan dua penyerang import berprofil tinggi itu adalah untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Abu Kamara yang terdahulu merupakan mesin gol buat Kuching City.

Terbaharu, pasukan itu terus menambah baik daripada segi persiapan pemain dengan menandatangani tiga tonggak baharu iaitu Ahmad Hazwan Bakri, Ramadhan Saifullah (pinjaman JDT), serta bekas maestro Kedah musim lalu, Moses Atede.

Menerusi pengamatan semasa, ketiga pemain ini cenderung kepada posisi serangan dan penguasaan bola yang menyaksikan Aidil ingin terus memperbaiki aspek serangan kelab.

Hazwan yang memiliki pengalaman luas sebelum ini boleh dianggap sebagai pilihan kedua untuk posisi serangan utama Kuching City yang kini ditunjangi oleh Jordan Mintah serta Tchetche Kipre.

Manakala kehadiran Ramadhan pula dianggap cukup baik kini untuk memberi variasi buat posisi sayap pasukan menerusi kelincahan serta aspek kepantasan dimiliki pemain tersebut.

Terarah kepada Atede, pemain ini telah pun mencipta sensasi yang cukup hebat bersama Kedah musim lalu selain menyerlah di pentas Piala Asia bersama Bahrain.

Kemampuan Atede untuk mematikan ancaman lawan di bahagian tengah dengan lebih awal serta bijak mengawal tempo permainan menjadikan Kuching City bakal tampil berbeza berbanding sebelum itu.

Ada kemungkinan juga Atede bakal digandingkan bersama Petrus Shitembi pada aksi akan datang untuk memudahkan tugas pemain dari Namibia itu lebih bergerak ke atas membantu serangan.

Kesimpulannya, Aidil Sharin bersama pengurusan telah pun membuat penelitian yang bijak sebelum menandatangani pemain baharu dengan mereka mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

Menerusi ‘squad depth’ yang bertambah baik kini, sudah tentu ia memudahkan tugas Aidil Sharin untuk mengharungi musim yang masih lagi panjang pada masa hadapan.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN