3 Negara Jadi Pilihan Selangor Untuk Aksi Pra-Musim Bagi Persiapan Tahun 2023

Selangor menjadi antara pasukan yang ketika ini giat membuat persiapan dari pelbagai sudut dalam langkah untuk tampil lebih kuat berbanding musim ini untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe pastinya menjadi individu mencuri tumpuan untuk musim hadapan, selepas beliau jelas cemerlang memacu pasukan tersebut sehingga melangkah ke pentas final Piala Malaysia 2022.

Untuk persiapan musim hadapan, langkah awal yang sedang dirancang pasukan tersebut adalah untuk mengadakan latihan pra-musim di luar negara pada awal tahun 2023.

Jelas Cheng Hoe, ketika ini ada tiga negara yang menjadi sasaran mereka untuk mengadakan latihan serta berkemungkinan beberapa aksi persahabatan.

Tiga negara yang disasarkan Selangor ialah Kemboja, Thailand, dan Vietnam untuk siri latihan pra-musim mereka dalam persediaan untuk terus tampil lebih kukuh berbanding tahun ini.

Siri jelajah pra-musim itu dianggap cukuo penting oleh pengendali tersebut dalam usaha untuk memperbaiki segala aspek kelemahan mereka menerusi aksi persahabatan bersama kelab tempatan di sana.

“Sekarang ini kita belum lagi mengadakan sesi latihan kerana kebanyakan pemain utama mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan sekali gus mungkin akan memanggil mereka pada awal Januari ini.

“Mengikut perancangan sememangnya mahu mengadakan sesi latihan pra-musim di luar negara namun setakat ini belum ada kata putus kerana masih lagi dalam perbincangan dengan pihak pengurusan.

“Kita memilih tiga negara itu (Thailand, Kemboja atau Vietnam) kerana dalam perancangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab tempatan supaya dapat memperbaiki lagi kelemahan pasukan,” jelas Cheng Hoe menerusi Arena Metro.

Dalam saingan Liga Super musim ini, Selangor berjaya menamatkan cabaran di tangga kelima menerusi 30 mata berjaya dikumpul, biarpun tampil agak tidak konsisten pada awalnya.

Namun selepas kehadiran Cheng Hoe sebagai jurulatih, pasukan ini berjaya tampil dengan lebih baik untuk mencatat beberapa keputusan positif, sekali gus mengembalikan kepercayaan penyokong.

Pada masa sama, Cheng Hoe menyifatkan tiga pemain baharu mereka musim hadapan iaitu Khuzaimi Piee, Faisal Halim, dan Ruventhiran sebagai sesuatu yang positif untuk menambah sengat dalam skuad.

“Kehadiran tiga pemain ini dapat mengisi kelompongan yang ada dalam pasukan selain mampu memperkuatkan lagi jentera serangan dan barisan pertahanan,”katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN