3 Nama Jurulatih Baharu Terengganu Mula Disebut Peminat Sang Penyu

Pengendali utama Terengganu, Tomislav Steinbruckner secara rasminya terdahulu telah pun melepaskan jawatan beliau selepas ia diumumkan sendiri menerusi media sosial pasukan tersebut.

Peletakan jawatan tersebut dilakukan beliau selepas ia mencapai persetujuan bersama serta turut diikuti oleh dua staf kejurulatihan beliau iaitu Ivica Vranješ (Penolong Jurulatih) dan Hrvoje Bradasic ( Jurulatih Kecergasan).

“Langkah ini diambil dan diputuskan bersama atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab untuk memelihara keadaan dan perhubungan diantara para pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya.

“Tomislav menyatakan beliau bersetuju atas dasar sepertimana yang telah dinyatakan dan berharap kelab ini mampu terus bergerak dengan baik dan lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang.

Ketika ini jawatan tersebut sah diisi oleh Penolong Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali dan Hairudin Omar buat sementara waktu sebelum mereka mendapatkan pengendali baharu.

Menerusi kenyataan tersebut, sudah tentu kini Terengganu bakal mendapatkan pengganti baharu serta tidak bercadang menjadikan Badrul Afzan kekal selaku pengendali utama Sang Penyu.

Walaupun begitu, prestasi semasa Badrul masih sukar untuk mengangkat Terengganu tampil lebih positif dalam saingan domestik menerusi keputusan serta corak permainan.

Malah dua keputusan terbaharu menyaksikan Terengganu gagal meraih sebarang kemenangan bawah kendalian jurulatih tersebut.

Beberapa nama jurulatih kini mula disebut sebagai pengganti baharu dalam kalangan peminat dengan ia membabitkan calon-calon tempatan untuk mengangkat kembali pasukan itu menjadi digeruni.

Antara nama paling popular disebut peminat terarah kepada bekas jurulatih utama Selangor iaitu Tan Cheng Hoe, kepulangan kembali Nafuzi Zain, serta mengangkat Hairuddin di posisi utama.

Jika dilihat pada senarai nama tersebut ia dianggap bersesuaian serta Terengganu sendiri tidak menghadapi masalah begitu besar mendapatkan mereka selaku pengganti.

Nama Nafuzi antara paling popular disebut selepas beliau sendiri memiliki reputasi cukup tinggi untuk mengangkat pasukan tersebut menjadi salah satu pasukan digeruni suatu ketika.

Terkenal dengan taktikal Nafuzi’s Ball suatu ketika, corak permainan Terengganu ketika itu tampil sangat menyakinkan sebelum ia diganti oleh Steinbruckner.

Apatah lagi Nafuzi berjaya memastikan Kedah menewaskan Terengganu sebelum itu dalam aksi Liga Super bersama kejutan yang tidak dijangka dalam kalangan peminat, walaupun Sang Kenari menghadapi isu dalaman.

Terarah kepada Tan Cheng Hoe, sentuhan beliau tidak boleh dipertikaikan lagi dengan dirinya kekal selaku antara jurulatih bersama taktikal moden terbaik di Malaysia.

Menerusi ramai pemain bintang yang dimiliki Sang Penyu, tidak sukar untuk Cheng Hoe hadir bersama sentuhan magis beliau untuk mengangkat pasukan itu secepat mungkin menjadi lebih baik.

Walaupun begitu, Terengganu telah pun mengesahkan mereka tidak berminat untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkenaan pada masa akan datang.

Akhir sekali merupakan pengendali skuad pembangunan Terengganu iaitu Hairuddin Omar yang secara tiba-tiba menjadi perhatian utama musim lalu selepas cemerlang membantu Terengganu II muncul selaku juara Piala MFL.

Kebolehan beliau untuk mengasah serta melahirkan bintang muda Sang Penyu menjadi perhatian penyokong selain corak permainan ditampilkan juga sangat memuaskan.

Pandangan anda, siapa jurulatih baharu Terengganu selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN