3 Magis Yang Bakal Dijelmakan Coutinho Di Aston Villa

Philippe Coutinho

Unik mengenai kisah pertemuan antara Philippe Coutinho dan Steven Gerrard apabila kedua mereka ini pernah bersama di atas padang dalam satu pasukan yang sama buat suatu ketika.

Coutinho dan Gerrard pernah bersama hampir dua musim setengah sebelum kedua-dua mereka membawa hala tuju yang berbeza.

Gerrard ini kembali dalam kancah Premier League sebagai pengendali Aston Villa dan Coutinho juga kini kembali sebagai seorang pemain bawah kendalian beliau bersama pasukan tersebut.

Walaupun sudah beberapa tahun mengalami kesukaran di Barcelona, nama Coutinho masih kekal popular meniti dalam kalangan peminat dan Villa dilihat amat serius untuk mendapatkan pemain tersebut dengan Gerrard sendiri menghubungi pemain berusia 29 tahun tersebut secara peribadi.

Perbezaan ketara antara aksi pemain tersebut ketika berada di kemuncak EPL dahulu dan sekarang pastinya menjadi tanda tanya bagaimana perpindahan ini mungkin berlaku.

Tetapi terdapat tiga perkara yang jelas akan terjadi sekiranya Gerrard berjaya mendapatkan Coutinho sebagai salah seorang pemain bawah beliau jika terjadi.

Villa bakal dibina untuk Coutinho

Bagi Coutinho sendiri, faktor tersebut pastinya menjadi keutamaan dalam mana-mana langkah. Beliau pernah dipinjamkan sebelum ini dari Barcelona untuk menghabiskan satu musim bersama Bayern Munich, tetapi akhirnya pemain tersebut hanya menjadi pemain kebiasaan tanpa sebarang faktor yang melonjak karektor permainannya.

Jika beliau setuju untuk perpindahan Januari ini, pastinya Coutinho akan memilih pasukan yang dapat melonjakkan kembali corak permainannya.

Gerrard dilihat mampu untuk melakukannya di Aston Villa. Beliau mempunyai satu sisi yang sangat positif sebagai seorang pengurus untuk mendekati lebih awal pemain ini setelah menyedari kualiti yang ada.

Bekas kapten Liverpool itu pernah beraksi bersama Coutinho dan melihat aksinya secara langsung. Oleh itu pastinya pelaburan beliau untuk mendapatkan pemain ini merupakan sesuatu yang berbaloi boleh diperolehi daripada rakan sekerja lamanya.

Faktor kesabaran dan minit permainan normal pastinya akan diberi kepada Coutinho di Villa Park. Walaupun bukan memberi jaminan aksi lama pemain tersebut akan kembali dijelmakan, tetapi ini merupakan sesuatu yang menarik untuk melihat Gerrard yang sangat komited dengan cabaran membangunkan kembali pemain Brazil ini.

Gerrard menyalin ‘trik’ Rodgers

Sebagai seorang pengurus pasukan, Gerrard dilihat agak tegar berpegang dengan falsafah yang dibawakan Liverpool sebelum ini dengan formasi 4-3-3.

Tidak pasti sama ada kebetulan atau beliau sendiri yang mahu membawa aura Anfield ke dalam pasukan. Tetapi dengan menandatangani Coutinho boleh membveri kesan baru dalam falsafah yang dipegang beliau.

Coutinho yang dikenali Gerrard adalah pemain yang beraksi di nombor 10. Walaupun begitu, tidak boleh mengatakan itu sebagai posisi terbaik pemain berkenaan  memandangkan beliau sudah matang dalam permainan ketika Jurgen Klopp mengambil alih dan jurulatih berkenaan lebih gemar meletakkan pemain itu di bahagian sayap.

Namun Gerrard sendiri sudah melihat keupayaan yang ada pada Coutinho dan yakin pemain itu mampu lebih menyerlah beraksi di posisi pemain tengah serangan.

Dalam formasi 4-3-3, tiada pemain nombor 10 yang ortodoks. Tetapi secara kebetulan Gerrard mempunyai barisan pemain yang sangat ideal untuk menggunakan formasi 4-4-2 ‘diamond’ yang nyata sangat digemari Brendan Rodgers sewaktu di Liverpool dan ini memberi jalan penyelesaian yang baik untuk Coutinho setelah mereka kehilangan Jack Grealish.

Buktikan kembali kepada Liverpool bahawa Coutinho masih bernilai

Sejujurnya, jika Coutinho sememangnya bersama Aston Villa, pastinya tiada seorang pun penyokong Liverpool akan menjangka bahawa pemain ini mungkin akan meledak gol jarak jauh buat Aston Villa untuk menggegarkan gawang gol pasukan tersebut pada pertemuan bulan April ini.

Pemain Brazil ini sentiasa menjadi bahan ketawa sewaktu beliau beraksi di Barcelona dengan segelintir penyokong mempermainkan nama beliau dengan gelaran ‘Shoot-inho’. Tetapi hanya peminat Liverpool sahaja mengetahui bagaimana berbisanya rembatan jarak jauh Coutinho terutamanya dalam beberapa bulan aksi pemain tersebut sebelum meninggalkan The Reds.

Coutinho kini berada dalam fasa kemuncak beliau sebagai seorang pemain bola sepak. Sudah pasti Gerrard akan memantau dan memandu arah pemain ini untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemain tersebut kembali meningkat walaupun sukar untuk mendapatkan prestasi lama beliau.

Namun apa yang pasti, Gerrard pastinya akan menyenaraikan nama pemain ini sebagai salah seorang pemain yang akan berdepan Liverpool  pada bulan April nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN