3 Kes Hutang Dituntut FIFA, Kelantan Boleh Disingkir Ke Liga FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menyedari akibat yang akan ditanggung oleh pasukan Kelantan sekiranya gagal menjelaskan tiga kes pembayaran hutang.

Tiga kes tersebut kini telah dituntut oleh Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), membabitkan nilai keseluruhan berjumlah jutaan ringgit.

Hutang tersebut membabitkan pembayaran kepada dua bekas pemain import, iaitu Jonathan Lucca dan Dramane Traore serta bekas jurulatih kecergasan yang pernah bersama skuad The Red Warriors, Sebastian Knapic.

Menyedari perkara itu, Presiden KAFA itu turut mengesahkan usaha dan fokus persatuan kini ialah untuk menjelaskan hutang tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Bercakap kepada Berita Harian, Bibi dipetik sebagai berkata:

“Jika kami kekal di Liga Super sekalipun, jika tidak bayar hutang lama yang diarahkan FAM, kami tetap akan dipotong mata atau dikenakan hukuman turun ke liga bawahan (Liga FAM).

“KAFA masih mempunyai tiga kes ‘hutang’ dituntut bekas pemain dan kejurulatihan melalui FIFA yang perlu diselesaikan paling lewat akhir Ogos depan.

“Memang dari segi mata kasar kami bakal diturunkan ke Liga Perdana musim depan namun jika beberapa perkara belum diselesaikan tidak mustahil pasukan bakal turun ke Liga FAM,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Bibi mengharapkan agar penyokong TRW khususnya tidak menyalahkan tampuk pengurusan baharu yang berusaha keras memastikan pasukan terus bersaing di Liga Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Bibi turut menempelak bekas pengendali pasukan, Velizar Popov  kerana keceluparan bekas jurulatih itu menggelar pasukan Kelantan sebagai Bibi FC.

“Pesan saya kepada Popov jangan gila talak. Hakikatnya saya tak tahu apa motif sebenar dia kata begitu.

“Saya tak kenal anda, anda juga tak kenal saya… macam mana boleh kata begitu.

“Jadi lebih elok berhentilah jadi jurucakap tak bergaji. Jangan simbah minyak pada api,” katanya kepada wartawan mStar Online.

Sebaliknya Bibi berkata Popov sepatutnya berasa bersyukur kerana ia adalah usaha dari beliau bersama Bibi FC yang berjaya melunaskan segala hutang yang ditanggung oleh pengurusan terdahulu kepada pengendali dari Bulgaria itu.

Sebelum ini Popov menyalahkan kegagalan pasukan Kelantan pada musim ini akibat daripada pengurusan caca merba usahawan itu, dan menggelar pasukan Kelantan pada musim ini sebagai Bibi FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN