3 Kelab Thailand Bakal Menguji Kekuatan JDT

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin giat melakukan persiapan rapi menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018.

Laman facebook rasmi mereka mengumumkan mereka akan berangkat ke Thailand bulan depan untuk menghadapi 3 perlawanan persahabatan menentang kelab di sana.

3 kelab yang akan ditentang oleh mereka ialah Army United (10hb Jan), Chonburi FC (13hb Jan) dan Port FC (15hb Jan).

Army United merupakan kelab yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Thailand manakala Chonburi dan Port FC bersaing dalam Divisyen 1 Liga Thailand.

JDT akan bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan kedua AFC Champions League 2018.

Wakil dari Malaysia itu pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 dimana mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti, 0-3.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.

Pasukan yang berada dikedudukan lebih tinggi dalam kedudukan AFC MA Ranking akan beraksi digelanggang sendiri sebagai tuan rumah.

Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.

Memandangkan Muangthong United menjadi tuan rumah, venue rasmi mereka kemungkinan akan ditukar ke stadium Supchalasai berikutan Stadium mereka dalam proses untuk penukaran padang.

8 pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kelayakan kedua akan mara ke peringkat play-off dimana pemenangnya akan mengesahkan slot di peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.

Pada peringkat play-off, 8 pasukan gergasi Asia bersedia menanti untuk menentang pasukan yang telah layak daripada peringkat kelayakan kedua.

Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan  yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.

Jika gagal mara ke peringkat kumpulan, JDT akan bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN