3 Kelab Berpotensi Untuk Dapatkan Khidmat Kylian Mbappe Musim Depan

Bintang bola sepak dunia, Kylian Mbappe mengesahkan beliau tidak akan menyambung kontrak baharu bersama pasukan diwakilinya kini iaitu Paris Saint-Germain (PSG) untuk saingan musim hadapan.

Mbappe seperti diketahui merupakan seorang penyerang yang cukup berkualiti era kini dan berjaya membantu Perancis untuk mara ke final Piala Dunia musim lalu.

Malah, bersama PSG pemain ini juga memainkan peranan cukup penting untuk menggerakkan serangan serta meledak banyak gol penting buat kelab.

Walaupun begitu, Mbappe dilihat inginkan cabaran baharu dalam karier bola sepak dengan tidak lagi akan bersama PSG musim hadapan untuk mencari pasukan baharu.

Disebabkan Mbappe enggan menandatangani kontrak baharu, PSG suka atau tidak perlu menjual beliau kepada kelab lain untuk mengelakkan diri mereka mengalami kerugian.

Beberapa kelab dikenal pasti mempunyai potensi tinggi untuk mendapatkan Mbappe berdasarkan beberapa situasi serta pengaruh mereka untuk menarik minat penyerang berkenaan.

Real Madrid

Kaitan antara Real bersama Mbappe bukan lagi sesuatu yang baharu, selepas pemain ini hampir menyertai pasukan berkenaan sebelum beraksi untuk PSG dalam saingan Ligue 1.

Dengan ketiadaan Lionel Messi bersama PSG musim hadapan, maka tidak ada lagi sebab kukuh buat Mbappe untuk kekal bersama pasukan tersebut serta membuka peluang kembali bagi cuba menyertai Real.

Tambahan pula, Real kini turut kehilangan tonggak penyerang utama mereka iaitu Karim Benzema pada musim hadapan, dan posisi tersebut mungkin dapat digantikan oleh Mbappe.

Sebelum itu, Real sendiri telah menyenaraikan beberapa nama calon penyerang baharu untukk menggantikan khidmat Mbappe, dengan bintang England iaitu Harry Kane turut berada dalam pemerhatian mereka.

Manchester United

Gergasi England ini merupakan antara pasukan yang memberi fokus penuh untuk mendapatkan khidmat penyerang baharu untuk saingan musim hadapan.

Posisi tersebut jelas mendapat penekanan sendiri daripada pengurus kelab, Erik Ten Hag serta mereka turut menyasarkan Harry Kane dalam senarai teratas penyerang untuk ditandatangani musim hadapan.

Untuk mendapatkan Mbappe pastinya menjadi impian para penyokong The Red Devils serta ianya tidak mustahil jika hartawan, Sheikh Jassim menjadi pemilik baharu pasukan tersebut.

Chelsea

The Blues menjadi antara pasukan paling bermasalah musim ini di posisi serangan walaupun mereka mempunyai lambakan pemain bintang untuk bahagian tersebut.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Kelibat Raheem Sterling, Kai Havertz, Mykhailo Mudryk antara nama besar yang mewakili pasukan tersebut tetapi gagal untuk menjadi mesin gol buat Chelsea.

Untuk mendapatkan Mbappe bukan suatu masalah buat Chelsea daripada segi kewangan, kerana Todd Boehly diakui sebagai antara hartawan yang tidak lokek berbelanja besar untuk pasukan itu.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN