3 Kelab Berpotensi Besar Untuk Dapatkan Khidmat Sony Norde Musim Depan

Sony Norde secara rasminya kini tidak lagi bersama Terengganu untuk saingan musim hadapan, selepas pasukan tersebut mengumumkan pemain itu antara telah dilepaskan mereka.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Mohd Sabri Abas tampil memberi kenyataan mengapa pasukan tersebut terpaksa melepaskan khidmat Sony walaupun beliau tampil begitu menyakinkan sepanjang musim berlangsung.

Jelas Sabri, Sony terpaksa dilepaskan kerana langkah penjimatan akan dilakukan Terengganu untuk saingan hadapan berbanding pada tahun lalu.

Musim lalu menyaksikan Sony telah pun meledak enam gol secara keseluruhan bersama sembilan bantuan jaringan bagi semua perlawanan domestik bersama Terengganu.

Malah, pemain kebangsaan Haiti itu juga tampil begitu menyerlah di pentas AFC selepas beliau merekodkan tiga gol bersama empat bantuan jaringan daripada enam perlawanan dalam saingan tersebut.

Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran di media sosial X, Sony dilaporkan masih mahu beraksi di Malaysia dengan tiga tawaran masih dalam penilaian beliau kini.

Berikut merupakan tiga pasukan jangkaan yang mungkin akan disertai beliau untuk saingan musim hadapan tidak lama lagi.

Kedah Darul Aman (Kedah)

Kedah mungkin menjadi salah satu pasukan paling berminat kini untuk cuba mendapatkan khidmat pemain sayap lincah tersebut bagi memperkuatkan aspek serangan.

Apa tidaknya, sebelum ini dilaporkan mereka sah telah melepaskan pemain sayap import dari Argentina iaitu Manuel Hidalgo yang jelas menjadi antara sangat cemerlang mengemudi jentera serangan Sang Kenari.

Kelincahan dimiliki Sony jelas mampu menyelesaikan isu skuad kendalian Nafuzi Zain untuk saingan hadapan selepas mereka sah kehilangan kelibat Hidalgo.

Penang

Skuad Harimau Kumbang juga dilaporkan mungkin akan membuat sedikit rombakan musim hadapan khususnya dalam kalangan pemain import di posisi serangan.

Musim lalu menyaksikan posisi sayap Penang sedikit tidak konsisten dan nama Sony mungkin turut berada dalam pemantauan pasukan tersebut.

Kehadiran Sony di Penang dianggap mampu untuk meningkatkan lagi intensiti serangan kelab tersebut yang tampil begitu longlai pada tahun lalu.

Sri Pahang

Sri Pahang sah melepaskan begitu ramai pemain pada musim lalu dan menyaksikan mereka pastinya akan membuat rombakan lebih besar khususnya di posisi serangan.

Tiga pemain serangan ditandatangani Sri Pahang pada musim lalu jelas tampil dengan tidak begitu memberansangkan kecuali hanya Kpah Sherman.

Terkenal dengan corak permainan menyerang dari bahagian sisi, tidak salah untuk meletakkan nama Sony sebagai salah satu pemain import menjadi sasaran mereka musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN