Ketinggalan 0-1 kepada pasukan defensif dan agresif seperti Atletico Madrid adalah tugas sukar bagi mana-mana pengurus – termasuklah pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola.
Keputusan Guardiola yang meninggalkan Thomas Mueller di bangku simpanan daripada kesebelasan utamanya dikritik penyokong Bayern dan media. Mengapa keluarkan pemain terbaik anda dari kesebelasan utama, soal mereka?
Guardiola menjelaskan beliau meninggalkan Mueller di bangku simpanan kerana mahukan pemain sayap kiri yang berkaki kiri (Douglas Costa) dan pemain sayap berkaki kanan (Kingsley Coman).
Dalam erti kata lain, Guardiola sedar beliau memerlukan width daripada kedua-dua pemain ini untuk:
- membuka ruang di tengah
- mengkucar-kacirkan struktur pertahanan Atletico dengan melakukan switch of play
Ketiadaaan Mueller punca kalah?
Jika anda mahu mencari kambing hitam kepada kekalahan 0-1 Bayern pada separuh akhir pertama, anda pasti akan menuding jari kepada Guardiola kerana meninggalkan Mueller di bangku simpanan.
Tetapi jika anda menonton perlawanan tersebut secara objektif, Bayern sebenarnya sangat-sangat tak bernasib baik.
Pada separuh masa kedua contohnya, Atletico kelihatan sangat terancam sehinggakan mereka perlu berterima kasih kepada:
- palang gol (selepas rembatan jarak jauh David Alaba sekadar singgah di palang)
- Jan Oblak (selepas menyelamatkan tandukan Javi Martinez)
Selain itu, pujian juga perlu diberikan kepada keagungan skil individu Saul Niguez yang melepasi kawalan 4 pemain Bayern sebelum menjaringkan gol tunggal perlawanan. Aspek ini tiada kena-mengena dengan taktikal Diego Simeone.
Jadi apa yang perlu Bayern lakukan untuk menang?
1. Tidak membenarkan sebarang away goal oleh Atletico
Perkara paling mengecewakan di semasa separuh akhir pertama dari perspektif Bayern bukanlah bolos 1 gol. Sebaliknya gagal menjaringkan away goal di Vincente Calderon.
Ini bermakna Bayern perlu menjaringkan 2 gol tanpa bolos atau menang dengan margin 2 gol.
Data statistik juga menjelaskan kesukaran tugas Bayern. Pasukan home yang menang 1-0 semasa perlawanan 1st leg mempunyai 59.2% peluang layak ke pusingan seterusnya, berbanding 33.7% untuk pasukan pelawat.
Bolos 1 gol kepada Atletico di Allianz Arena bermakna Bayern perlu menjaringkan 3 gol – sesuatu yang kedengaran agak mustahil apabila menentang pasukan kendalian Diego Simeone ini.
2. High pressing Atletico
Atletico sentiasa melakukan high pressing pada peringkat permulaan perlawanan. Tujuannya bukanlah untuk merampas bola. Sebaliknya hanya untuk:
- membuatkan Bayern tidak selesa membuat build up dari belakang (dari penjaga gol)
- memastikan Bayern tidak membuat build up dari tengah, kawasan beradanya pemain kreatif seperti Thiago dan Arturo Vidal
Bagaimanapun Guardiola sebenarnya tak berhadapan dengan banyak masalah untuk mengatasi high pressing Atletico ini. Caranya adalah dengan mengarahkan Xabi Alonso membentuk back three dengan David Alaba dan Javi Martinez.
Bagaimanapun jika Bayern tak berhati-hati dan cuai, Atletico akan berpeluang menjaringkan away goal yang mereka perlukan untuk menyukarkan kerja Bayern.
3. Kekuatan 4-4-2 Atletico
Bentuk 4-4-2 Atletico yang kompak dan padat di tengah dicipta untuk:
- menyukarkan kerja pemain tengah Bayern
- memaksa Bayern menyerang dari kawasan sayap yang jauh dari gol
- memudahkan serangan balas mereka dilancarkan
Selain menyukarkan pemain-pemain tengah (Alonso, Thiago, Vidal) dan penyerang tengah (Lewandowski) untuk mendapat bola, bentuk 4-4-2 Atletico ini direka supaya mereka mempunyai ruang besar di bahagaian sayap apabila melancarkan serangan balas.
4. Kekuatan defensif Bayern
Secara keseluruhannya Bayern sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam bahagian defensif. Apatah lagi jika Jerome Boateng cukup cergas untuk bermain dan mengembalikan David Alaba di posisi sepatutnya – bek kiri.
Besar kemungkinan Atletico akan terpaksa bertahan dengan low block (defensive line yang rendah, 10-11 pemain di belakang bola) untuk mempertahankan kelebihan 1 gol mereka.
Jika pertahanan Bayern cukup stabil dan dapat mengelak perkara-perkara ajaib daripada Antoine Griezmann, Fernando Torres, Saul Niguez dan Koke (yang tiada kena mengena denga aturan taktikal), Bayern boleh mendapatkan gol penyamaan.
Kesimpulan
Ketinggalan 0-1 kepada Atletico mungkin tugas berat buat Bayern Munich, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak berhadapan tugas musim lepas – ketinggalan 0-3 kepada Barcelona.
Semasa separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan mereka boleh mengancam. Tetapi nasib lebih menyebelahi Atletico.
Bayern mungkin boleh mengharapkan tuah bermain di Allianz Arena kerana prestasi mereka di halaman sendiri jauh lebih baik daripada prestasi mereka di luar.
Malah Marca melaporkan Guardiola telah mengarahkan groundsmen Allianz Arena untuk memotong rumput lebih pendek dan membasahkan padang untuk melajukan pergerakan bola dan menyukarkan pemain Atletico untuk bertahan.
Melihat kehebatan Atletico bertahan, kami tak hairan Guardiola mahu membuatkan padangnya licin bagi pemain Atletico.
Baca juga: Ejen Yaya Toure: Datuk Saya Pun Boleh Menang Liga Dengan Barcelona & Bayern Munich