Kedah Darul Aman (KDA) pada musim ini telah mendaftarkan lima pemain import baharu untuk memperkuat pasukan bagi mencabar saingan Liga Malaysia (Liga M) serta menghadapi aksi Piala AFC selaku wakil dari Malaysia.
Berdasarkan lima pemain yang diambil, tiga daripadanya pernah beraksi dalam saingan Liga M sebelum ini manakala selebihnya pertama kali bermain di Malaysia.
Namun seperti kebiasaan, skuad Kedah kali ini menghadapi masalah seperti pemain import yang gagal untuk memberi aksi terbaik selain terpaksa menghadapi kritikan hebat berikutan dua kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super baru-baru ini.
Ini tiga pemain import yang penulis rasakan Kedah mungkin akan rombak dan kaji semula ketika jendela perpindahan kedua pada pertengahan musim 2022 apabila dibuka.
Dennis Buschening
Pemain ini paling awal menjadi bahan kecaman di media sosial oleh segelintir penyokong Kedah setelah pasukan sah menandatangani beliau.
Dennis mula bertapak dalam saingan Liga M sejak dua musim lalu dengan menyertai Sabah serta UiTM FC dan gagal memberi impak terbaik sepanjang aksi bersama dua kelab tersebut.
GET WELL SOON DB10
Dennis Buschening terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan Achilles, menurut Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih KDA FC. pic.twitter.com/VlmoroTI43
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 7, 2022
Bersama Kedah, Dennis setakat ini sudah pun membuka akaun jaringan namun aksi ditampilkan sedikit longlai.
Ketika ini beliau mengalami kecederaan achilles dan bakal berehat panjang untuk menyebabkan Kedah kehilangan aksi beliau dengan untuk satu tempoh yang lama.
Kemungkinan besar beliau antara calon kuat yang bakal ditukarkan pada jendela perpindahan akan datang agar slot Buschening dapat diisi pemain import yang baharu dalam misi Kedah untuk memberikan saingan kompetitif di Piala AFC.
Marc Vales
Sehingga kini masih belum ada posisi yang sempurna untuk diletakkan buat Marc Vales dalam taktikal Aidil Sharin.
Hadir dengan rekod yang agak menarik selaku pemain kebangsaan Andorra tidak menjanjikan sesuatu yang istimewa daripada pemain ini apabila sepanjang tiga posisi Vales diletakkan, beliau masih gagal memberi impak diingini pasukan selain mudah dibolosi.
Marc Vales Gonzalez | Signing#kdafc #newblood #2022season #MV5 pic.twitter.com/x8iSNhk7o3
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 30, 2022
Vales kini antara pemain import yang teruk pernah dimiliki Kedah sejak dua, tiga musim ini berdasarkan corak permainan dan sumbangan beliau.
Ronald Ngah Wanja
Penyerang ini hadir dengan reputasi yang sangat hebat selaku penjaring terbanyak Liga Jordan selain pernah mewakili negaranya iaitu Cameroon.
Namun apa yang ditampilkan sehingga kini buat Kedah agak mengecewakan. Senasib seperti bekas import serangan sebelum ini iaitu Pablo Pallares dan Carlos Kahe, Wanja juga mempunyai masalah untuk mengekalkan konsistensi selaku penyerang.
Walaupun sudah meledak empat gol setakat ini, kelibat Wanja di atas padang agak mengecewakan terutama sekali kualiti individu beliau.
20’ GOL | Ronald Ngah menjaringkan gol pembukaan di Stadium Darul Aman!@kda_fc 1-0 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/d4eLkd7g55
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 6, 2022
Untuk beraksi di Piala AFC, Kedah perlukan kualiti penyerang yang lebih baik dan konsisten berbanding Wanja. Kemungkinan beliau juga mungkin mengucapkan selamat tinggal lebih awal buat para penyokong.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!