3 Impak Positif Mampu Ditawarkan Ferdy Druijf Jika Sertai Malaysia

Nama Ferdy Druijf secara tiba-tiba menjadi bahan perbualan ramai peminat bola sepak di Malaysia selepas dirinya kini kembali dikaitkan bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya dengan status pemain warisan.

Apa tidaknya, terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya iaitu Rob Friend menyatakan salah seorang pemain warisan sedang berada dalam proses didaftarkan kini berasal dari Belanda.

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” jelas beliau menerusi petikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain itu, Ferdy sendiri seolah memberi bayangan di media sosial Instagram beliau akan menyertai skuad Harimau Malaya pada masa hadapan sehingga menarik minat penyokong di ruangan komen.

Jika benar Ferdy menyertai Malaysia pada masa hadapan, ianya jelas mampu untuk memberikan banyak impak positit untuk memacu skuad kebangsaan ke arah lebih jauh.

Reputasi gah di Eropah

Secara statistik, Ferdy beraksi di posisi serangan dan beliau kini sudah merekodkan lebih 100 gol di Eropah bersama pelbagai kelab serta saingan liga.

Pemain berusia 26 tahun ini sudah pun beraksi sebanyak 263 perlawanan secara keseluruhan di Eropah dan mencatat 112 gol bersama 21 bantuan jaringan bersama aksi cukup menyakinkan.

Seperti diketahui, Harimau Malaya masih kurang konsisten di posisi penyerang utama dan kehadiran Ferdy sudah tentu ditagih untuk menjadi mesin gol terbaharu buat Malaysia.

Kelebihan di pelbagai posisi

Menerusi perkongsian dibuat oleh Transfermarkt, Ferdy memiliki keupayaan untuk beraksi di beberapa posisi serangan mengikut kesesuaian taktikal diletakkan dalam permainan.

Selain bertindak selaku penyerang utama, Ferdy turut memiliki keupayaan untuk bermain di beberapa posisi lain seperti tengah serangan, sayap kiri dan juga sayap kanan.

Ini sudah tentu akan menjadi satu kelebihan berguna buat skuad kendalian Peter Cklamovski untuk menggunakan khidmat Ferdy mengikut kesesuaian permainan menerusi kelebihan bintang dari Belanda itu.

Pengalaman berguna untuk pemain-pemain muda

Pengalaman luas dimiliki Ferdy dapat digunakan dengan sangat baik untuk dicurahkan kepada bakat-bakat muda kebangsaan menjadi lebih baik terutama melibat pemain tempatan di posisi serangan.

Umum mengetahui Ferdy sudah pun beraksi di beberapa kelab serta pelbagai kejohanan besar di Eropah yang menjadikan beliau kaya dengan pengalaman dalam dunia bola sepak profesional.

Pengalaman dimiliki Ferdy jelas dapat membantu rakan sepasukan beliau di kem Harimau Malaya seperti Haqimi Azim serta Fergus Tierney yang masih muda untuk menjadi lebih matang serta berbisa di hadapan gawang gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN