Piala Malaysia: Kebangkitan Luar Biasa PKNS FC, Ledak 3 Gol Di 4 Minit Terakhir

Ramazotti, PKNS FC

Aksi kedua Kumpulan B, unifi Piala Malaysia 2018 antara Melaka United dan PKNS FC berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

Melaka turun tanpa penjaring terbanyak mereka, Yahor Zubovich namun tetap mempunyai barisan pemain yang baik seperti Ifedayo Olusegun dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara PKNS FC pula sekali lagi memberikan peluang buat penjaga gol muda, Zarif Irfan dan akan diketuai oleh Safee Sali yang beraksi sebagai pemain gantian tempohari.

Ketangkasan Khairul Fahmi di gawang menjadi tumpuan dalam perlawanan ini apabila untuk babak pertama sahaja, 7 percubaan tepat PKNS FC telah berjaya dinafikannya.

Namun, kebangkitan PKNS FC meledak tiga gol dalam 4 minit terakhir lebih mencuri tumpuan untuk mengikat Melaka yang hampir meraih kemenangan pertama mereka.

Separuh masa pertama

Dalam lima minit pertama, kedua-dua pasukan dilihat bergerak dengan tempo perlahan dan saling mengasak kubu pertahanan lawan dengan percubaan yang tidak berbahaya.

Minit ke-8, Syahrul Azwari membuat hantaran di antara dua pertahanan PKNS FC dan seterusnya disudahkan oleh Lee Chang Hoon untuk gol pertama buat tuan rumah.

Ini merupakan gol pertama dalam aksi pertamanya di saingan Piala Malaysia 2018. Untuk musim ini, dia hanya meledak dua gol daripada 5 penampilannya bersama Melaka.

Lee Chang Hoon

Peluang terbaik buat PKNS FC hadir melalui sepakan percuma Bruno Matos pada minit ke-27 yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi.

Khairul Fahmi diuji bertubi-tubi oleh pasukan pelawat menerusi percubaan Safee Sali dan K. Gurusamy pada minit ke-30 dan 31 namun dikecewakan oleh penyudah tumpul.

Giliran Mahali Jasuli pula meledak percubaan berbahaya dari dalam kotak penalti, namun sekali lagi berjaya diselamatkan oleh bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan itu.

Minit ke-38, lambungan cantik di dalam kotak penalti oleh Rafael Ramazotti hampir memerangkap Khairul Fahmi namun ketangkasannya menafikan gol buat pasukan pelawat.

Khairul Fahmi

Berulang kali PKNS FC mengetuk pintu gol Melaka namun telah dikecewakan oleh kekebalan Khairul Fahmi. Sudah 7 percubaan tepat berjaya dinafikannya dalam aksi babak pertama.

Di penghujung perlawanan, selepas lama Melaka ‘mendiamkan diri’, Ifedayo akhirnya berjaya membuat percubaan hasil hantaran menarik Lee, namun diselamatkan oleh Zarif Irfan.

Separuh masa kedua

Minit ke-49, penjaring gol pertama Melaka di babak pertama, Lee berjaya melepaskan satu percubaan berbahaya ke gawang yang dikawal Zarif Irfan, namun sedikit tersasar.

Minit ke-72, gerakan menarik antara Ifedayo dan Lee telah menghasilkan gol kedua buat tuan rumah bermula daripada serangan balas pantas ke kubu lawan.

Hantaran lintang Lee dari sebelah kiri berjaya disudahkan dengan tandukkan kemas Ifedayo untuk gol ke-8 peribadi musim ini dan pertama dalam saingan Piala Malaysia.

Lee Chang Hoon

Minit ke-76, Khairul Fahmi akhirnya diuji buat kali pertama di babak kedua. Rembatan pemain gantian, Faizat Ghazli dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Lee berjaya meledak gol ketiga buat Melaka pada minit ke-79 selepas menerima hantaran kemas pemain tengah, S. Veenod dari sebelah kanan pintu gol yang dikawal Zarif Irfan.

Selain kecemerlangan Khairul Fahmi di gawang pada babak pertama, permainan Lee Chang Hoon juga menarik perhatian dengan satu bantuan gol dan dua gol peribadinya.

4 minit sebelum perlawanan ditamatkan oleh pengadil, rembatan dari luar kotak penalti oleh Romel Morales akhirnya berjaya menewaskan Khairul Fahmi buat kali pertama.

Gol kedua Morales untuk saingan Piala Malaysia 2018 ini adalah saat penting kebangkitan PKNS FC untuk kembali mengejar Melaka selepas mereka ketinggalan tiga gol.

Ramazotti

PKNS menambah lagi jaringan di minit ke-89 berpunca daripada sepakan percuma Bruno Matos dari luar kotak penalti. Itu adalah gol ke-8 daripada 10 penampilannya musim ini.

Disaat-saat perlawanan akan ditamatkan, muncul Morales yang merembat daripada luar kotak penalti seterusnya ditanduk oleh Ramazotti untuk gol penyamaan PKNS FC.

Perlawanan tamat dengan PKNS FC berjaya bangkit meledak tiga gol untuk mengikat Melaka dengan keputusan 3-3 dalam aksi Kumpulan B, unifi Piala Malaysia 2018.

Foto: MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN