Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa Iceland pilihan Luqman Hakim Shamsudin kerana liga di sana hanya berjalan selama enam bulan sahaja.
Menurut maklumat yang diperolehi, saingan liga di sana hanya berlangsung pada April hingga Oktober sahaja. Ini kerana, mereka akan melalui musim sejuk dan bersalji tebal pada penghujung Oktober hingga pertengahan April.
Selain bersalji, hujan adalah perkara biasa di musim sejuk di Iceland.
Malah, mungkin faktor siang menjadi pendek di musim sejuk terutamanya pada Disember, aktiviti luar dikurangkan. Disebabkan negara itu berlatitud tinggi, mereka hanya menerima cahaya matahari sekitar lima jam sahaja – matahari terbit pada jam 11 pagi dan terbenam pada jam 3 atau 4 petang.
Bulan Disember di Iceland juga dikenali sebagai bulan tergelap di sana.
The darkest day of the year. Solstice in North Iceland is 21 hours long, it lasts 20 hours in Reykjavík. This period of darkness equals two whole mid-September nights. You have twice as much time to see the Northern lights on a December night.
Beautiful shot!
📸dominikbelica_ pic.twitter.com/piJ0gaHGms— รђєɭɭ ✨🌓💫 (@NordicSister) December 26, 2022
Pilih ke Iceland atas faktor minit permainan
Pengarah bukan eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad menyatakan bahawa pemain berusia 20 tahun itu menerima tawaran juara divisyen 3 di Iceland, Njardvik FC adalah disebabkan telah dijanjikan mendapat minit permainan.
“Walaupun ia adalah kelab yang berada di divisyen kedua, kami dimaklumkan Luqman akan diberikan peluang untuk beraksi di dalam setiap perlawanan, sekali gus membenarkan diri untuk membuktikan sesuatu,” ujar Amin.
Sepanjang musim ini, Luqman hanya pernah melakukan satu penampilan bersama KV Kortrijk iaitu pada 22 Oktober lalu, apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit akhir permainan menentang Westerloo.
Ia tidak bermakna beliau tiada masa depan bersama kelab Belgium itu kerana turut dimaklumkan prestasinya di Njardvik sentiasa dipantau oleh barisan kejurulatihan Kortrijk kerana prestasi baiknya bersama skuad B-21.
Jadi, adakah langkahnya ke liga yang hanya berlangsung selama enam bulan itu adalah yang terbaik buat kariernya? Ini tiga faktor utama.
The building blocks – Youth development is an integral part of Icelandic football. Iceland has moved on to the next phase of improving its youth infrastructure, and to enhance the grassroots concept they are turning to technology. Order a copy. #LavaBol pic.twitter.com/hOT1LZCNeb
— Icelandic Football UK (@marcboal) January 13, 2022
Infrastruktur, teknologi sangat membantu
Kita tentu pernah mendengar kisah kebangkitan bola sepak mereka yang melalui peningkatan drastik dari kedudukan ke-120 dunia telah melonjak ke tangga ke-21 dunia dalam tempoh enam tahun – tahun 2010 hingga 2016.
Ia dibantu oleh kejayaan mereka di saingan Euro 2016 – kejohanan terbesar pertama dalam sejarah Iceland. Mereka melewati peringkat kumpulan yang mengandungi Hungary, Portugal dan Austria tanpa sebarang kekalahan. Malah mereka mengatasi England di pusingan 16 terbaik selepas itu.
Dengan populasi penduduk yang kecil – kurang 400,000 orang, bagaimana mereka mampu menghasilkan pemain-pemain yang semakin berkualiti?
Malah, liga mereka juga hanya berlangsung selama enam bulan sahaja!
Kira-kira 20 tahun lalu, mereka sudah mula merancang untuk masa depan. Kelab, bandar dan kerajaan bekerjasama untuk membina infrastruktur.
Walaupun liga hanya berlangsung enam bulan, mereka masih boleh berlatih sepanjang tahun dalam pusat latihan dalaman yang dibina sekian lama.
Sorry to call off the @heronjuniorfc babies sessions this morning at wyncote this rain is due 2 be on all day. You would think in a football city like ours we could have indoor 3G;s so our kids have a alternative to carry on playing and training all year round like in Iceland pic.twitter.com/xlc6CZSy9j
— Kenny Saunders (@Kenny9Saunders) July 29, 2018
Difahamkan untuk negara yang populasinya lebih sedikit daripada negeri Perlis, mereka memiliki 20 padang bersaiz sebenar yang boleh digunakan tidak kira cuaca selain 150 padang bersaiz kecil. Mereka juga digelar – ‘indoor kids’, disebabkan banyak bermain di pusat latihan dalaman sahaja.
Secara ratio, setiap 15,000 penduduk untuk satu padang bersaiz sebenar.
Di sekolah-sekolah juga, majlis perbandaran bersama Persatuan Bolasepak Iceland (KSI) telah berkongsi dana dalam membina padang mini bola sepak.
Malah, padang-padang bola sepak yang dibina juga bukan milik swasta, ia dimiliki oleh majlis perbandaran dan semua dibenarkan menggunakannya.
Mereka juga dikatakan memanfaatkan teknologi video analisis – wajib untuk jurulatih memiliki keupayaan merakam dan membuat analisis video pemain-pemain sedari usia muda hingga memasuki ke skuad utama.
Jadi, program pembangunan Luqman menjadi pemain yang lebih baik akan sentiasa berjalan di Iceland dengan pemantauan menggunakan teknologi.
Jurulatih bertauliah yang sangat ramai!
Untuk negara yang kecil seperti Iceland, agak mengejutkan jumlah jurulatih yang memiliki lesen. Untuk menjadi jurulatih waima di peringkat akar umbi, mereka diwajibkan untuk memiliki lesen. Hampir 70 peratus jurulatih telah lengkap memiliki lesen UEFA B dan 30 peratus memiliki lesen UEFA A.
When @barneyronay went to Iceland & discovered you need a UEFA B License to coach an under-10 side. #ISL #EURO2016 pic.twitter.com/HMsR81NDgY
— Athas Zafiris (@ArtSapphire) June 28, 2016
Malah, lesen UEFA B diperlukan untuk membimbing skuad B-10 di sana.
Ini membawa maksud seorang jurulatih berlesen UEFA untuk setiap 500 penduduk mereka berbanding di England untuk setiap 10,000 penduduk!
Idealnya, profesion sebagai jurulatih di sana berpendapatan lumayan. Jadi, mungkin disebabkan itu, ramai yang terkejar-kejar mendapatkan lesen.
Apabila memiliki jurulatih bertauliah, mereka tentunya mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dibantu infrastruktur dan teknologi terkini.
Di Malaysia antara jurulatih yang memiliki lesen UEFA adalah jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari dan jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim selain bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, B. Satiananthan.
Lesen UEFA ini sama ada A atau B, sama sahaja seperti lesen A atau B di AFC. Apa yang membezakannya adalah di mana lesen itu diambil. Tetapi, jika anda memiliki lesen UEFA, darjatnya lebih tinggi kerana jurulatih yang memilikinya boleh melatih di mana-mana negara berbanding lesen AFC.
Oleh itu, Luqman mungkin akan mendapat manfaat sepanjang tempoh pinjamannya di sana dengan kualiti kejurulatihan yang berada di Iceland.
Penduduknya yang obses dengan bola sepak
Bukti penduduknya sangat obses dengan bola sepak adalah hampir 25,000 pemain berdaftar di semua peringkat liga – lebih enam peratus daripada populasi. Terdapat lima divisyen yang merangkumi lebih 90 kelab berdaftar.
Kita boleh melihat bandar Vestmannaeyjar sebagai contoh. Populasi penduduknya adalah sekitar 4,000 orang tetapi bandar kecil sebegini telah melahirkan beberapa bintang sensasi negara seperti Herman Hreidarsson, Heimir Hallgrimsson dan pemain wanita, Margret Lara Vidarsdottir.
Walaupun ‘kolam’ pemain kecil, tetapi dengan jurulatih bertauliah yang sangat ramai, mereka mampu melahirkan pemain-pemain berkualiti.
Siggi Eyjolfsson yang kini merupakan ketua jurulatih Keflavik dipetik berkata kepada portal Player Development Project, “Mereka perlu membangunkan apa yang mereka ada sahaja, tidak boleh rekrut pemain kawasan lain dan mereka tidak melakukannya di sini [disebabkan kekurangan bakat muda].”
A few yrs back I was intrigued by a presentation from a coach in Iceland. I emailed him, & he WAS SHOCKED HOW WE TREAT CHILDREN. “In Iceland we don’t cut kids. Everybody gets the same coaching until they are 18.. u lose late developers.. why would u cut kids?” Siggi Eyjolfsson pic.twitter.com/1mKcNUXCmv
— FUNinoUSA (@FUNinoCA) January 22, 2020
“Pengajarannya di sini, anda boleh membangunkan pemain muda yang berpotensi dari mana-mana sahaja,” tambahnya mengenai ‘kolam’ pemain.
Selain itu, untuk rekod, ketika mereka menewaskan England 2-1 di pusingan 16 terbaik Euro 2016, jumlah penduduk Iceland yang menyaksikan aksi bersejarah itu adalah 99.8 peratus daripada jumlah populasinya.
Oleh itu, tentunya Luqman akan merasai semangat penyokong waima hanya akan beraksi di divisyen 2 di stadium berkapasiti 2,500 orang sahaja.
Jom kita lihat sesi latihan pertama Luqman Hakim yang dikongsi oleh portal Vocket FC ini bagi melihat suasana sebenar di Iceland pada saat ini.
Sesi latihan pertama Luqman di Iceland 🥶 pic.twitter.com/7Fowi0J8nz
— VOCKET FC (@vocketfc) February 9, 2023