3 Faktor Kemenangan KL City Ketika Mengatasi PSM Makassar

Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kejayaan mereka pada musim ini di pentas Asia apabila muncul juara bagi saingan Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara, dengan menewaskan PSM Makassar menerusi keputusan 5-2.

Beraksi di Stadium KLFA, jelas KL City berjaya mempamerkan aksi yang sangat membanggakan untuk mengharumkan nama pasukan serta Malaysia di pentas Asia.

PSM yang unggul dalam persaingan Liga 1 Indonesia setakat ini di kedudukan teratas menerusi lima aksi tanpa kekalahan, jelas buntu pada aksi semalam di tangan anak-anak buah Bojan Hodak.

Tiga jaringan menerusi Romel Morales, Jordan Mintah, Paulo Josue, dan Hadin Azman cukup untuk mematikan terus harapan PSM Makassar untuk pergi lebih jauh musim ini dalam saingan tersebut.

Sementara dua gol PSM Makassar hadir di separuh masa kedua menerusi Akbar Tanjung dan Yance Sayuri.

Berikut merupakan tiga faktor utama kejayaan KL City pada perlawanan semalam ketika mereka menewaskan gergasi dari Indonesia tersebut.

Pertahanan yang sangat berdisiplin

Gandingan Irfan Zakaria bersama pasangan import, Giancarlo Gallifuoco jelas banyak mematikan ancaman lawan dengan sangat baik, selain tidak memberi banyak ruang buat pasukan pelawat untuk melepaskan percubaan ke gawang gol.

Kamal Azizi dan Declan Lambert juga beroperasi dengan sangat bagus selain banyak mematikan pergerakan lawan, mereka juga banyak menyumbang buat serangan KL City.

Walaupun ada siri kebangkitan cuba dibuat lawan dan berjaya sesekali menggoyahkan kubu tuan rumah, secara keseluruhan aksi pertahanan KL City wajar dipuji.

Gandingan Akram dan Josue yang berkualiti

Sesuatu yang sangat menarik semalam apabila PSM Makassar gagal untuk memberi impak yang bagus sepanjang perlawanan di posisi tengah.

Gandingan Akram dan Paulo Josue meletakkan KL City berjaya menguasai posisi tersebut dengan cemerlang, selain Akram bijak meneutralkan ancaman lawan di bahagian tengah.

Dengan membiarkan Akram untuk fokus mematikan ancaman lawan, Josue dilihat selesa untuk membantu di bahagian serangan menerusi kreativiti hantaran dibuat serta mengawal tempo permainan.

Lawan lambat menyesuaikan diri

Pada perlawanan semalam, jelas PSM Makassar mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cepat pada separuh masa pertama.

Kegagalan tersebut dilihat sebagai suatu kelebihan buat KL City untuk mendominasi perlawanan secara keseluruhan pada separuh masa pertama sehingga menghasilkan dua gol.

Lebih mengecewakan, posisi serangan PSM Makassar gagal berfungsi dengan baik di segenap ruang, selain kerap membuat hantaran sia-sia untuk kembali memberi ruang buat KL City menguasai permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN