3 Fakta Menarik Tentang kekalahan Indonesia Kepada China

Indonesia akhirnya terpaksa menelan keputusan perit di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan ketiga selepas mereka mencipta kekalahan kepada pasukan tuan rumah, China semalam.

Menerusi keputusan 1-2, China berhasil memperoleh gol menerusi Behram Abdulweli serta penyerang berbisa negara tersebut iaitu Zhang Yuning di separuh masa pertama.

Sang Garuda cuba mencipta kebangkitan di separuh masa kedua dengan siri serangan bertali arus serta mendapat satu gol tunggal di penghujung perlawanan hasil ledakan Thom Haye.

Di peringkat Kumpulan C, Indonesia kekal berada di tangga kelima bersama tiga mata diperoleh selepas melalui empat perlawanan untuk berkongsi mata bersama China yang buat julung kalinya meraih kemenangan sulung.

Selepas mengharungi aksi bertemu China, ini merupakan tiga fakta menarik yang dikongsikan oleh Bola.com mengenai Sang Garuda untuk bacaan para peminat.

Rekod buruk menentang China terus kekal

Skuad kendalian Shin Tae-yong nampaknya gagal untuk memadam rekod buruk mereka ketika berdepan China, dengan kali ini pasukan itu terus dirundung kekalahan.

Kali terakhir Indonesia meraih kemenangan mengatasi China ialah pada tahun 1987 dalam saingan King’s Cup di Thailand menerusi keputusan 2-1.

Selepas itu, Indonesia gagal untuk mengatasi lawan tersebut walaupun rekod menunjukkan mereka sudah bertemu China sebanyak 10 kali di pentas antarabangsa.

Secara statistik daripada 10 pertemuan itu, Sang Garuda meraih dua keputusan seri serta lapan kekalahan secara keseluruhannya.

Pratama Arhan dan magis

Seperti diketahui, Pratama Arhan antara pemain bintang Indonesia yang terus konsisten memberi impak besar buat pasukan tersebut di pentas antarabangsa.

Kelebihan beliau daripada segi lontaran bola jauh sering memberi mimpi ngeri buat mana-mana lawan dan ianya sekali lagi dihasilkan ketika mereka bertemu China.

Hasil lontaran jauh Arhan berjaya memastikan bola tersebut tepat kepada Thom Haye sebelum ia disudahkan dalam bentuk jaringan buat Sang Garuda pada penghujung babak separuh masa kedua perlawanan.

Indonesia tewas jua

Selepas cemerlang di kempen Kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga tanpa sebarang kekalahan sejak tiga aksi lalu, akhirnya skuad kendalian Shin terpaksa menelan keputusan pahit.

Rekod sebelum ini menyaksikan Indonesia telah pun mengikat nama negara besar di Asia iaitu Arab Saudi, Australia, serta Bahrain sebelum mencipta kekalahan sulung kepada China.

Kekalahan itu sudah tentu memberi impak buat perjalanan pasukan itu yang memiliki laluan berliku selepas ini untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN