3 Faedah Malaysia Bakal Peroleh Jika Berjaya Dapatkan Joshua Brownhill

Kapten Burnley iaitu Joshua Brownhill secara rasminya kini mengakui dirinya mempunyai pertalian darah bersama Malaysia dan berpeluang untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Menerusi perkongsian FRFuture Talents, mereka mendedahkan email yang telah diterima sebelum itu daripada Brownhill dengsn beliau mengakui memiliki kelayakan mewakili skuad Harimau Malaya.

“Saya boleh mengesahkan yang diri ini memiliki susur galur Malaysia menerusi nenek yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya masih memfokuskan diri kepada kelab sehingga kini, kemungkinan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa adalah sesuatu yang saya terbuka untuk dipertimbangkan,” ujar Brownhill yang kini beraksi di England.

Pasaran semasa pemain itu menyaksikan beliau memiliki nilai sebanyak €15 juta atau bersamaan RM72 juta untuk menjadikan dirinya selaku pemain termahal di Asia Tenggara jika segalanya disahkan.

Persoalannya, apakah faedah yang mampu Brownhill beri buat Malaysia jika beliau sah didaftarkan pada suatu hari nanti?

Kualiti permainan

Daripada segi kualiti permainan, ianya tidak perlu diragui lagi kerana pemain berusia 28 tahun itu berada pada kelas tersendiri untuk dibandingkan bersama mana-mana tonggak tempatan.

Malah, beliau juga sudah pun membuktikan dirinya antara pemain tengah terbaik di England pada musim lalu ketika Burnley beraksi di pentas English Premier League (EPL) menerusi statistik gol serta bantuan jaringan.

Musim ini sahaja Brownhill sudah pun meledak dua gol daripada empat perlawanan diharungi pada saingan Championship untuk menjadikannya sebagai nilai tambah terbaik buat pasukan kebangsaan.

Curah pengalaman berguna

Sepanjang karier, Brownhill hanya beraksi di England dalam pelbagai divisyen untuk menjadikan beliau kaya dengan pengalaman selaku status senior.

Kehadiran beliau ke Malaysia jelas mampu menjadi teladan buat pemain tempatan atau tunas muda untuk mempelajari sesuatu berguna dalam usaha menjadi bintang profesional seperti Brownhill.

Malah, pengalaman Brownhill yang terbiasa beraksi dalam kejohanan berintensiti tinggi mampu digunakan sebaik mungkin bersama Malaysia kerika di pentas antarabangsa.

Buka peluang pemain tempatan lain ke England

Salah satu perkara yang menarik, kehadiran Brownhill ke Malaysia sudah tentu membuka mata lebih ramai pemerhati bakat untuk cuba menilai pemain-pemain berkualiti bagi diketengahkan.

Malah, ia menjadi peluang terbaik buat pemain tempatan berkualiti untuk cuba menembusi saingan di England walau perlu bermula di kejohanan bertaraf lebih rendah seperti EFL League.

Paling menarik, bakat-bakat muda juga berpeluang untuk mengembangkan karier mereka dengan lebih awal ke England bersama mana-mana kelab bersesuaian sebagai pendedahan terbaik.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN