3 ‘Checkpoint’ Buat Penyokong Kedah Untuk Perarakan Trofi Piala FA

Kedah Piala FA 2019

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah merancang mengadakan majlis sambutan meraikan kepulangan pemain dan pengurusan pasukan pada esok (Isnin). Kedah telah berjaya menjulang Piala FA selepas menewaskan Perak di pentas akhir, malam tadi.

Kejuaraan kelima buat Helang Merah ini telah diraih mereka selepas berjaya menewaskan Perak dengan keputusan 1-0 dalam 120 minit perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Majlis sambutan tersebut dijangka diadakan di Wisma Darul Aman bermula tengahari sehingga jam 2.00 petang. Menurut posting di laman Facebook KFA, majlis tersebut akan bermula dari Stadium Suka Menanti seterusnya berakhir di Wisma Darul Aman.

Antara laluan yang bakal dilalui oleh bas Hop Off yang membawa keseluruhan pemain dan pengurusan pasukan itu adalah melalui Lebuhraya Sambungan Sultan Abdul Halim, persimpangan Hospital lama dan terus menuju ke Jalan Bakar Bata melalui Aman Central, Dataran Bandaraya, Pekan Rabu serta Kompleks Belia dan Sukan.

Turut diumumkan adalah 3 lokasi perhentian sementara bas Hop Off sepanjang perjalanan iaitu di Dataran Bandaraya, Hadapan Kompleks Belia dan Sukan serta Dataran Wisma Darul Aman. Bagi penyokong yang mahu melihat sendiri trofi Piala FA, pemain dan pengurusan, 3 lokasi ini wajar menjadi checkpoint buat mereka.

Menurut Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, majlis ini diadakan bagi menghargai penyokong yang setia bersama pasukan sehingga mereka berjaya menjulang trofi tersebut.

“Kita jemput penyokong untuk datang ke dataran Wisma Darul Aman esok, kita bagi peluang untuk mereka melihat sendiri wira yang berhempas pulas untuk memastikan kemenangan milik kita.

“Program itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada penyokong Kedah yang setia di belakang mereka sehingga menjadi juara Piala FA,” ujarnya dipetik daripada Berita Harian.

Mengenai ganjaran dan imbuhan buat pemain dan pengurusan pasukan, Mukhriz berkata perkara itu biar menjadi rahsia antara KFA dan pemain. Katanya, jumlah wang tunai yang diberikan tidaklah terlalu sedikit ataupun tidaklah terlalu banyak.

Skuad Helang Merah baru sahaja tiba di bumi Hijau Kuning bersama-sama trofi kejuaraan pada jam 4.00 petang tadi melalui penerbangan Firefly dan yang menariknya pihak penerbangan itu telah menyediakan laluan khas buat keseluruhan skuad Kedah.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN