3 Cara Bagaimana Malaysia Boleh Memperbaiki Ranking FIFA

Esok (6 Jun 2015), pasukan kebangsaan kita akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam.

Selepas Hong Kong, kita akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste (pada 11 Jun 2015) dan Palestin (pada 16 Jun 2015).

Kedua-dua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan info tiket adalah seperti dalam gambar di bawah.

11418928_999099340135210_3368070608737539403_o

Penting untuk ranking FIFA

Ketiga-tiga perlawanan ini penting untuk memperbaiki ranking mata FIFA. Untuk rekod, ketika ini Malaysia berada di ranking 162 dunia.

Setiap kemenangan atau seri memberikan mata yang sangat bernilai dalam kiraan ranking mata FIFA.

Bagaimana ranking FIFA dikira?

Kami pernah menulis bagaimana cara pengiraan ranking FIFA dan mengapa ia penting. Artikel tersebut boleh dibaca di sini: Cara Pengiraan Ranking FIFA Dan Kepentingannya

 

Secara asasnya ia dikira dengan formula mudah ini:

Jumlah mata ranking FIFA100 × [ I × II × III × IV ]

Di mana :

I =  Keputusan Perlawanan

II = Jenis Perlawanan

III = Kekuatan lawan

IV = Kekuatan serantau

Perlawanan Persahabatan Menentang Hong Kong

hk

Di atas kertas, Hong Kong merupakan lawan yang setara dengan kita. Ketika ini mereka berada di ranking ke-169 dunia. Ranking mereka juga semakin merosot dengan teruk sejak tahun 2013.

Jika Malaysia mahu mengutip mata mudah untuk memperbaiki ranking FIFA, menewaskan Hong Kong adalah adalah satu kemestian.

Kiraan mata ranking FIFA:

I =  Keputusan Perlawanan

  • Menang = 3 mata, seri = 1 mata, kalah = 0 mata

II = Jenis Perlawanan

  • Persahabatan = 1 mata

III = Kekuatan lawan

  • Pasukan ranking lebih 150 = 0.5 mata

IV = Kekuatan serantau

  • Kekuatan serantau = Asia (0.85 mata)

 

Jika menang;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 3 × 1 × 0.5 × 0.85 ]

= 127.5

Jika seri;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 1 × 1 × 0.5 × 0.85 ]

= 42.5

 

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Menentang Timor Leste

selecao-timor-leste1

Berbanding Hong Kong, Timor Leste merupakan lawan yang agak misteri buat pasukan kebangsaan.

Ketika ini, Timor Leste berada di ranking ke -151 dunia. Hal ini kerana Timor Leste banyak bermain untuk perlawanan kelas A berbanding kita sejak kebelakangan ini.

Timor Leste mampu melakar kejutan dengan kehadiran beberapa pemain naturalisasi dari Brazil/Mozambique/Portugal dalam kesebelasan utama mereka.

Kiraan mata ranking FIFA:

I =  Keputusan Perlawanan

  • Menang = 3 mata, seri = 1 mata, kalah = 0 mata

II = Jenis Perlawanan

  • Kelayakan Piala Dunia = 2.5 mata

III = Kekuatan lawan

  • Pasukan ranking lebih 150 = 0.5 mata

IV = Kekuatan serantau

  • Kekuatan serantau = Asia (0.85 mata)

 

Jika menang;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 3 × 2.5 × 0.5 × 0.85 ]

318.75

 

Tetapi, jika seri;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 1 × 2.5 × 0.5 × 0.85 ]

= 106.25

 

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Menentang Palestin

20120528202100_1338225660_4425

Meskipun kerap dihalang oleh pihak berkuasa Israel yang mengawal trafik keluar masuk di Tebing Barat (tempat latihan pasukan kebangsaan Palestin), Palestine masih lawan yang kuat.

Ketika Malaysia diundi dalam kumpulan sama dengan Palestin, Dollah Salleh optimis dengan peluang menang terhadap pasukan Asia Barat tersebut. Sama ada keyakinan beliau mampu menterjemahkan kemenangan atau tidak, hanya Tuhan saja tahu.

Berada di ranking ke-141 dunia, Palestin mampu merobek pasukan kita jika kita tidak berhati-hati. Anak buah K. Rajagobal pernah tewas 0-2 ketika perlawanan persahabatan di Kuantan pada 2013.

Kiraan mata ranking FIFA:

I =  Keputusan Perlawanan

  • Menang = 3 mata, seri = 1 mata, kalah = 0 mata

II = Jenis Perlawanan

  • Kelayakan Piala Dunia = 2.5 mata

III = Kekuatan lawan

  • Pasukan ranking ke-141 = [ [ 200 – 141 ] / 100 ] = 0.59 mata

IV = Kekuatan serantau

  • Kekuatan serantau = Asia [0.85 mata]

 

Jika menang;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 3 × 2.5 × 0.59 × 0.85 ]

 

= 376.125

Tetapi, jika seri;

= 100 × [ I × II × III × IV ]

= 100 x [ 1 × 2.5 × 0.59 × 0.85 ]

 

= 125.375

 

Kesimpulan

Jika pasukan kebangsaan mampu memenangi ketiga-tiga perlawanan ini, Malaysia akan mendapat sebanyak 822.375 mata untuk ditambah kedalam sistem ranking FIFA kita.

Ini pasti akan melonjakkan ranking pasukan negara.

Jurang kualiti pemain pasukan negara kita dengan pemain dari ketiga-tiga negara ini tidaklah jauh. Perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2018 ini merupakan landasan terbaik pasukan negara untuk mengembalikan semula keyakinan peminat bola sepak tempatan.

 

Baca juga: Mengapa Sepp Blatter Meletakkan Jawatan?

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN