Terengganu secara rasminya bakal mengharungi perlawanan seterusnya pada hari ini bagi saingan ACC Shopee Cup 2024/2025 menentang cabaran daripada wakil Indonesia iaitu PSM Makassar.
Atas kertas, kedua pasukan dilihat seimbang daripada segi kekuatan semasa mereka dan mungkin ia berpihak sedikit kepada Sang Penyu kerana aksi ini bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
🏁𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐂𝐥𝐮𝐛 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬𝐡𝐢𝐩 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟓 : 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍🏁
𝑻𝒆𝒓𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒖 𝑭𝑪 𝒗𝒔 𝑷𝑺𝑴 𝑴𝒂𝒌𝒂𝒔𝒔𝒂𝒓 𝑭𝑪
🗓 22 Januari 2025
🕘 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal AbidinDapatkan tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium… pic.twitter.com/zDKHknWYTH
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 22, 2025
Walaupun begitu, sudah tentu PSM Makassar enggan berputih mata di gelanggang lawan dan apatah lagi mereka kini berada di kedudukan pendahulu bagi Kumpulan A.
Selepas mengharungi tiga perlawanan, wakil kelab dari Indonesia itu masih belum mencatat sebarang kekalahan untuk mengumpul tujuh mata secara keseluruhan.
Berbanding Terengganu, mereka baru memperoleh satu kemenangan dan berada di kedudukan keempat bersama empat mata telah dikumpul pasukan itu.
Melihat pada aksi hari ini, Semuanya BOLA optimis Terengganu mampu melakar kemenangan dan menyenaraikan tiga pemain tumpuan Sang Penyu untuk menghadapi PSM Makassar
Akhyar Rashid
Pemain sayap lincah kiri ini antara tumpuan utama pada aksi tersebut kerana kelincahan serta kreativiti beliau di hadapan gawang gol sudah pasti ditagih untuk mengatasi pertahanan lawan.
Kualiti Akhyar yang sering dilihat bijak memperdayakan pertahanan lawan dijangka bakal diberi tugas dalam kesebelasan utama untuk meningkatkan intensiti serangan Sang Penyu.
Akhyar with his own trending sound🤣🥶
moment by @BerhadEpic #TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite pic.twitter.com/78BMbcTE1s
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 13, 2025
Musim ini menyaksikan Akhyar telah pun meledak lapan gol serta empat bantuan jaringan secara keseluruhan bersama Terengganu termasuk di pentas ACC Shopee Cup.
Safawi Rasid
Peledak berbisa Terengganu ini menampilkan aksi cukup menyakinkan sewaktu Terengganu mengatasi cabaran Shan United (Myanmar) menerusi kemenangan 5-0.
Selepas beraksi sebanyak 25 perlawanan bersama Sang Penyu, Safawi telah pun merekodkan 12 gol serta dua bantuan jaringan secara keseluruhan bersama aksi memberansangkan.
This brilliant goal by Safawi Rasid is now a contender for the FIFA Puskas Award. 👏👏🤞pic.twitter.com/bT7ma4xi5k
— theBOLABOLAshow (@theBOLABOLAshow) July 1, 2023
Ketajaman beliau menerusi situasi sepakan percuma antara aset penting yang akan terus ditagih peminat untuk menghasilkan keputusan positif di laman sendiri.
Ismaheel Akinade
Akinade dijangka akan terus membarisi kesebelasan utama selaku penyerang Sang Penyu untuk menghadapi PSM Makassar selepas pasukan tersebut tidak dapat menggunakan khidmat Nelson Bonilla.
Musim ini menyaksikan Akinade sudah pun meledak empat jaringan bersama dua bantuan gol daripada 21 penampilan buat Terengganu bersama aksi tidak begitu konsisten.
⚽ Ismaheel Akinade 'What a goal!' ⚫️⚪️🐢
🎥 : Astro & MFL#PialaFA #TERSAB #TFC #IsmaheelAkinade#SNESports#KelmeMalaysia pic.twitter.com/waVVwslQaw
— SNE Sports (@SNE_Sports) June 29, 2024
Walaupun begitu, sudah tentu Akinade ingin membuktikan sesuatu buat para penyokong mereka di laman sendiri malam ini jika diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama.