3 Bintang EPL Miliki Potensi Besar Untuk Wakili Harimau Malaya

Harimau Malaya nampaknya mungkin akan tampil berwajah baharu pada masa akan datang jika dilihat pada senarai pemain-pemain berdarah warisan yang giat diperkenalkan kini untuk didaftarkan selaku warganegara Malaysia.

Menerusi laman FR Future Talents di Instagram, jelas bakat-bakat bola sepak yang memiliki pertalian darah bersama Malaysia masih banyak serta hadir dengan rekod cukup mengujakan.

Ada sesetengah pemain tampil pada usia masih muda dan kini beraksi dalam saingan tertinggi liga di Eropah dan menjadi prospek terbaik buat Harimau Malaya jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cepat bertindak mendaftarkan mereka.

Untuk kupasan kali ini sahaja, tiga pemain berdarah kacukan Malaysia yang beraksi di England dalam saingan English Premier League (EPL) bersama prestasi cukup mengukakan buat kelab masing-masing.

Josh Brownhill (Burnley)

Perancang tengah Burnley ini antara prospek paling panas diperkenalkan oleh FR Future Talents sehingga menghadirkan rasa teruja dan terkejut dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia.

Pada usia 28 tahun, beliau boleh dianggap sebagai antara perancang tengah sangat berkualiti di England kini bersama Burnley dan terbaharu beliau berjaya menjaringkan gol sewaktu bertemu Brighton.

Setakat 32 penampilan ketika ini bersama Burnley, beliau sudah pun meledak empat gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan dan turut boleh berperanan selaku pemain tengah bertahan.

Marcus Tavernier (Bournemouth)

Posisi sayap kebangsaan kini sememangnya sudah menjadi keutamaan buat Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim yang sangat unggul di pentas antarabangsa menerusi sumbangan mereka.

Tetapi ianya akan menjadi lebih hebat jika ada pemain berstatus bintang EPL turut mengisi posisi tersebut untuk mengukuhkan lagi posisi serangan Malaysia.

Marcus Tavernier antara bintang bola sepak yang dilaporkan FR Future Talents sebelum ini sebagai pemain memiliki pertalian darah bersama Malaysia sejak beberapa minggu lalu.

Malah, Tavernier juga turut memberi perhatian buat Harimau Malaya sebelum ini ketika mereka bertemu Oman pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan membuat ramalan gol.

Daripada 33 perlawanan dilalui musim ini, Tavernier berjaya memastikan empat gol bersama empat bantuan jaringan dicatat beliau bersama pasukan tersebut di England.

Lewis Dobbin (Everton)

Pada usia 21 tahun, Dobbin bukan sahaja boleh mewakili skuad senior kebangsaan, malah berpotensi untuk membantu pasukan pembangunan negara jika FAM cepat mendaftarkan beliau bersama Malaysia.

Dobbin menjadi antara prospek muda berbakat besar kini di England selepas aksinya bersama Everton jelas meninggalkan impak positif khususnya untuk jentera hadapan pasukan tersebut.

Lebih menarik, beliau berjaya membuka akaun jaringan sulung musim ini di pentas EPL ketika menentang Chelsea selepas aksinya bersama pasukan simpanan Everton menarik perhatian kejurulatihan skuad senior.

Pada pandangan anda, adakah ketiga pemain ini mampu didaftarkan bersama pasukan kebangsaan pada masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN