3 Aksi Persahabatan Bakal Uji Skuad Brad Maloney Sebelum Piala AFF B-23 2022

Brad Maloney

Sekurangnya tiga perlawanan persahabatan antarabangsa disasar oleh Malaysia sebelum menghadapi saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF) Bawah-23 Tahun di Kemboja, Februari depan.

Brad Maloney selaku ketua jurulatih skuad B-23 negara dilaporkan kontrak beliau telah disambung selama dua tahun baru ini berharap agar pasukannya dapat dibentuk segera dengan baik pada bulan depan.

“Saya ingin membentuk pasukan pada Januari dan mengatur tiga hingga empat perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu bagi memberi kami setiap peluang untuk layak ke separuh akhir dan akhir.”

Untuk kempen kejuaraan AFF B-23 yang bakal bermula 14 hingga 26 Februari depan, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan, Indonesia, Myanmar, dan Laos di Stadium Morodok Techno dan Stadium Prince.

Pengendali skuad B-23 tersebut menjangkakan pasukan beliau akan berdepan tugas yang sukar apabila melihat lawan masing-masing telah mengharungi perlawanan sengit menentang pasukannya pada pertemuan terakhir mereka.

“Tiada perlawanan merupakan perlawanan mudah, tiada lawan mudah dikalahkan.”

“Sesiapa sahaja boleh mengalahkan orang lain namun saya harap kami dapat membentuk pasukan lebih awal dan membuat persiapan mantap untuk kejohanan ini untuk memberi kami peluang terbaik mengungguli kumpulan.”

Brad Maloney setakat ini telah hadir dengan rekod yang sangat baik bersama skuad B-23 setelah membimbing mereka layak ke Piala Asia 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan, Jun Depan.

Kejayaan itu hadir walaupun skuad Maloney tidak beraksi dalam sebarang perlawanan antarabangsa, sebaliknya menerusi perlawanan latihan menentang tiga pasukan Liga Malaysia sahaja.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN