28 Kelab Bola Sepak Yang Kini Menjadi ‘Jajahan Takluk’ China Di Seluruh Dunia

Seperti yang kita semua tahu, negara China merupakan antara kuasa besar dunia.

Mereka menguasai pelbagai perkara seperti perniagaan dan juga ekonomi malah mereka juga mula untuk menguasai dunia bola sepak.

Bola sepak Eropah telah mula dibanjiri dengan kehadiran ramai pelabur-pelabur dari negara China.

Mereka mula memberikan cabaran kepada golongan pemilik dari negara-negara Arab untuk memiliki kelab-kelab di pelbagai negara seperti England, Perancis & Itali.

Menjajah England

Hasil perkongsian di Reddit, para pelabur China sudah memasuki dunia bola sepak Eropah dengan kebanyakannya memasuki negara England.

England yang terkenal dengan liga bola sepaknya yang masyhur itu menyaksikan 8 kelab sudah mempunyai pelabur China di dalamnya.

Tetapi, tidak semua 8 kelab tersebut dimiliki dengan pegangan majoriti. Ada yang hanya mempunyai pegangan kecil sahaja di dalam kelab.

Hanya Aston Villa dan Wolverhampton Wanderers sahaja yang dimiliki sepenuhnya oleh pelabur dari China:

  • Aston Villa – Recon Holdings (100%)
  • Birmingham City – Birmingham International Holdings (50.6%)
  • Manchester City – China Media Capital (13%)
  • Northampton Town – 5USport (60%)
  • Reading – Del Yongge & Da Xiu Li (75%)
  • Southampton – Gao Jisheng (80%)
  • West Bromwich Albion – Yunyi Guokai Sports Development (88%)
  • Wolverhampton Wanderers (Fosun International (100%)
Dr Tony Xia – pemilik Aston Villa (Gambar: Aston Villa)

Jajahan di Sepanyol

Di Sepanyol juga, terdapat beberapa kelab yang dimiliki oleh pelabur di China.

Di Sepanyol, ada 3 kelab La Liga yang mempunyai pemilik China di dalamnya:

  • Atletico Madrid – Wanda Group (20%)
  • Espanyol – Rastar Group (90%)
  • Granada – Link International Sports (98.9%)
  • Jumilla – Li Xiang & Tang Hui (100%)
  • Lorca – Xu Gerbao (100%)
  • Real Oviedo – kutipan dana dengan 1500 pemegang saham didalamnya.

Bandar Milan dipengaruhi China

Di Itali, kedua-dua kelab Milan iaitu AC Milan dan Internazionale dimiliki oleh pemilik dari China:

  • Internazionale – Suning Holding Group (68.55%)
  • AC Milan – RSI (99.93%)
  • Parma – Desports (60%)
Pemilik baharu AC Milan yang berasal dari China.

Menguasai seluruh Eropah

Penguasaan China tidak terhenti di 3 negara tadi sahaja. Mereka juga menguasai beberap pasukan di beberapa negara lain di Eropah:

Perancis

  • Auxerre – ORG Packaging (77%)
  • Olympique Lyonnais – IDG Capital Partners (20%)
  • OGC Nice – International Investor Group (80%)
  • Sochaux – Ledus (100%)

Portugal 

  • Oriental Dragons – WSportSeven (100%)
  • Sport Uniao Sintrense – Iberia Universal (70%)
  • Torreense – Qi Chen (70%)

Belanda

  • ADO Den Haag – United Vansen (98%)

Republik Czech

  • Slavia Prague – CEFC Energy (59.97%)

Pengaruh di luar Eropah

Selain daripada menguasi kelab-kelab Eropah, pelabur-pelabur dari China juga menguasai 2 kelab di luar benua tersebut.

Satu daripadanya adalah menguasai kelab bola sepak di Australia iaitu Newcastle Jets.

Ledman merupakan entiti yang bertanggungjawab dalam memiliki kelab bola sepak Australia itu, dengan pegangan sebanyak (100%).

Pegangan sepenuhnya turut berlaku di Brazil menerusi kelab Desportivo.

Ia dimiliki sepenuhnya oleh Shandong Luneng Group.

Begitu banyak kelab yang dimiliki pelabur dari China sama ada menerusi pegangan penuh, pegangan majoriti atau pegangan kecil.

Adakah pada masa akan datang pelabur-pelabur ini akan hadir ke Asia Tenggara atau lebih tepat di Malaysia?

Sumber: 

  1. Reddit (2017): The Chinese control of european clubs; https://www.reddit.com/r/soccer/comments/6vafx4/the_chinese_control_of_european_clubs/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN