27 Tahun Menanti, Akhirnya Skuad Selangor 1995 Dapat Rumah Yang Dijanjikan

Penantian selama 27 tahun untuk skuad Selangor musim 1995 memperoleh rumah yang dijanjikan akhirnya berakhir selepas ianya akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Skuad Selangor 1995 telah dijanjikan pada 27 tahun lalu dengan sebuah rumah untuk pemain selepas berhasil memperoleh Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Kemenangan yang diperoleh itu merupakan permulaan kepada gelaran hatrik Piala Malaysia yang diraih Selangor bermula pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Menurut BERNAMA, perjuangan yang diketuai oleh Anuar Abu Bakar akhirnya membuahkan hasil selepas menuntut janji hampir tiga dekad itu.

Walaupun Anuar kini sudah tiada, tetapi perjuangannya menuntut janji akhirnya menuaikan hasil buat keluarganya yang akan memperoleh rumah tersebut.

“Allahyarham suami saya cuba untuk berjumpa dengan beberapa orang untuk cuba menuntut janji ini tetapi tiada hasil.

“Bila tiada hasil, pernah dikatakan kepada saya yang beliau begitu kecewa,” kata isteri Anuar iaitu Siti Mariam.

Bagi seorang lagi alumni skuad Selangor 1995, Ismail Ibrahim, usaha yang cuba dilakukan ini sememangnya sukar kerana pihak yang berkaitan sudah sukar untuk dicari.

“Usaha kami terbantut selepas tanah yang dijanjikan oleh pihak negeri telah ‘hilang’ dan pihak yang bertanggungjawab dengan hal ini tidak dapat dikesan.

“Sejak 2019, kami mengumpul keratan akhbar dan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor untuk mendapatkan bantuan kerana hanya beliau dan Sultan Selangor mempunyai akses kepada rekod mesyuarat negeri,” ujar Ismail.

Untuk rekod, skuad Selangor 1995 dijanjikan sebidang tanah selepas menamatkan penantian sembilan tahun kejuaraan Piala Malaysia.

Para pemain dan pegawai pada ketika itu dijanjikan ganjaran sedemikian oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Hasil usaha keras alumni Selangor 1995, mereka akan memperoleh sebuah apartment Idaman Abadi yang terletak di Hulu Langat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN