26 Jurulatih Hadiri Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC

Seramai 26 jurulatih tempatan dan luar negara telah menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 yang berlangsung pada hari ini hingga 17 April 2019 di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Kursus ini terbuka kepada jurulatih yang mempunyai lesen “A” AFC selama dua tahun dan mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan kebangsaan atau kelab profesional dalam Liga Malaysia. Lesen Diploma Profesional AFC ini merupakan antara lesen tertinggi dalam karier jurulatih bola sepak.

Antara jurulatih daripada pasukan Liga Super yang terlibat ialah Benjamin Mora (JDT), Dollah Salleh (Pahang), K. Devan (Petaling Jaya City), Mehmet Durakovic (Perak), Zainal Abidin Hassan (Melaka United), Nidzam Jamil (FELDA United), Irfan Bakti (Terengganu FC), Abu Bakar Fadzim (PKNP FC) dan juga Aidil Shahrin Sahak (Kedah).

FOTO: FAM

Ia juga bermakna pasukan Pahang, Petaling Jaya City dan Perak akan beraksi tanpa kelibat ketua jurulatih mereka dalam saingan Liga Super malam ini.

Kursus ini juga dikendalikan oleh instruktur UEFA dari Denmark, Flemming Mark Serritslev yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Denmark, pengarah teknikal bagi Persatuan Bolasepak Denmark dan bekas pengarah teknikal untuk Liga Profesional Iran.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Teknikal dan Belia; Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo; dan Ketua Unit Pendidikan Jurulatih FAM, David Abela.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN