24 Tahun Mengerah Kudrat Di Liga Malaysia, Shukor Adan ‘The Boss’ Umum Persaraan

Shukor Adan KL City

24 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang buat mana-mana pemain bola sepak. Maka wajarlah untuk kita mengatakan pemain Kuala Lumpur City, Shukor Adan merupakan salah seorang pemain terbaik dalam pentas bola sepak Liga Malaysia.

Menjelang aksi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100, pemain veteren berusia 42 tahun tersebut melihat ia merupakan waktu terbaik untuk mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional.

Beliau yang sudah empat kali menjulang kejuaraan piala berprestij itu mengakui ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk meninggalkan perkara yang dicintainya iaitu bermain bola sepak, tetapi perlu menerima hakikat bahawa setiap permulaan akan ada pengakhirannya.

“Pemain-pemain Kuala Lumpur sudah bagi yang terbaik kerana siapa sangka berdasarkan keputusan kurang baik pusingan pertama liga tetapi sekarang kami di final,” ujar pemain kelahiran Melaka itu.

“Dalam umur 42 tahun saya tidak sangka pula untuk ke final dan saya terima kasih kepada Bojan (Hodak) kerana walaupun mempunyai kurang minit permainan, tetapi atas kepercayaannya saya untuk bersama skuad ini.

“Ia adalah satu perkara yang saya capai pada penghujung karier saya. Walaupun saya main atau tidak [perlawanan akhir], saya berbangga dengan pasukan Kuala Lumpur pada tahun ini.

“Pada 2014 selepas Kejohanan Piala AFF saya telah umumkan persaraan bersama skuad kebangsaan, jadi ini adalah masa terbaik untuk saya umumkan persaraan saya sebagai pemain bola sepak di negara kita.

“Sedih itu tidak dinafikan, hampir 24 tahun tenaga saya dicurahkan dalam bola sepak, tetapi ini adalah masa terbaik untuk saya berhenti.”

Bercakap mengenai perbezaan Kuala Lumpur dengan pasukan-pasukan lain yang pernah disertai sepanjang kariernya, Shukor menjelaskan terdapat satu perkara pada pasukan KL City yang dianggap istimewa buatnya.

“Saya beraksi dua tahun di sini, yang lepas-lepas saya tak nak ungkit kerana setiap pasukan ada keistimewaannya. Tetapi kelebihan Kuala Lumpur ini pengurusannya, jurulatih dan pemain-pemain ibarat sebuah keluarga,” tambahnya lagi.

Termasuklah pemain-pemain import kami juga, mereka melakukan perkara yang positif setiap perlawanan dan latihan. Kita boleh lihat setiap pemain memberikan cabaran untuk beraksi dalam kesebelasan utama supaya dapat beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, Bojan mengakui dua pemain veterannya dalam pasukan, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin merupakan dua pemain yang mempunyai karier yang menakjubkan.

“Seorang adalah penjaring gol terbanyak dan seorang lagi adalah pemain yang mempunyai karier terpanjang,” ujar jurulatih dari Croatia itu.

“Jadi saya harap seluruh pasukan ini akan melakukan yang terbaik untuk mereka berdua. Mana dalam dunia ni kita nak jumpa orang yang boleh bermain sehingga 24 tahun.”

Bagaimanapun jodoh Shukor bersama KL City belum berakhir setelah beliau dilamar untuk menjadi penolong ketua jurulatih KL City untuk musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN