“24/7 Memang Fikir Sex Je Ke?” – Intan Sarah Kecewa Melihat Komen Dungu Daripada Peminat

Intan Sarah Anisah kecewa dengan salah satu komen di laman media sosial miliknya yang mana seorang peminat meninggalkan komen dungu pada muat naik pemain bola sepak wanita negara itu.

Tidak akan mengejutkan andai ada peminat yang mengagumi kecantikkan pemain terbaik MPFL 2021 itu dan jelas sekali rata-rata pengikut Intan di media sosial miliknya kerana terpikat dengan kecantikkan beliau.

Ya, selain handal bermain bola sepak, kecantikkan juga menjadi faktor mengapa Intan Sarah menjadi antara pemain bola sepak paling terkenal dan ramai pengikut di Malaysia.

Boleh dikatakan setiap muat naik beliau walau berkait bola sepak, sudah tentu akan ada komen-komen negatif dari para peminat yang tidak berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen.

Komen lucah dan mengorat itu sudah boleh dianggap terlalu biasa untuk dilihat di ruangan komen di media sosial miliknya, walaupun hal itu sebenarnya satu perbuatan yang tidak bermoral.

Intan sendiri jelas sekali tidak pernah memperdulikan komen-komen tersebut dan sepertinya kali ini beliau sedikit terganggu dengan salah satu komen dari pengikutnya di media sosial.

Beliau baru-baru ini ada memuat naik video di laman media sosial miliknya yang menunjukkan beliau sedang berlatih mengambil sepakan percuma.

Tidak dinafikan kualiti sepakan percuma beliau tersangat baik dengan bola rembatan beliau berjaya melepasi benteng pertahanan dan terkena palang gol.

Intan berkongsi video tersebut untuk menunjukkan aktiviti beliau ketika sedang menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukannya.

Pelbagai komen dari peminat boleh dilihat pada video tersebut dengan ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk.

Walau bagaimanapun, ada satu komen dari pengguna facebook yang menggunakan nama Dak Apil telah menarik perhatian Intan Sarah.

“Pompuan lagi bagus duduk rumah buat baby dari buang masa buat benda ni.”

Komen dari Dak Apil itu sepertinya menarik perhatian Intan dan jelas sekali bintang futsal negara itu kecewa dengan komen tersebut.

“Otak deme memang pikir sex je ke 24/7, kerja nak buat anak je.”

Tulis Intan ketika berkongsi tangkap layar komen dungu dari Dak Apil itu.

Pemikiran kolot perempuan tak patut main bola sepatutnya dibuang

Tidak dinafikan di Malaysia masih ramai peminat yang tak menerima kaum wanita bermain bola sepak dan ramai dari mereka menganggap skuad wanita sekadar satu pembaziran.

Ketika dunia bola sepak wanita semakin naik dan mendapat tempat di negara lain, di Malaysia para pemain skuad wanita sering kali di pandang rendah dan seolah-olah ditindas.

Mungkin ramai tak tahu yang Malaysia sebenarnya memiliki ramai pemain wanita yang berbakat dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Tiada sokongan dari FAM dan layanan acuh tak acuh yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia itu jelas sekali memberi impak kepada pembanggunan bola sepak wanita negara.

Main tanpa gaji, tiada liga pro dan sering dipandang rendah, namun itu semua tidak menjadi masalah dan para pemain skuad wanita tetap terus mahu meneruskan karier mereka dalam dunia bola sepak ini.

Para peminat sepatutnya menghargai mereka dan memberi sokongan penuh kepada mereka dan bukannya memberi komen negatif untuk menjatuhkan moral pemain.

Leave a Reply