2018 Merupakan Tahun Yang Mengecewakan Bagi Bola Sepak Jerman

Kekalahan 2-1 Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA kepada juara Piala dunia, Perancis, awal pagi tadi menyaksikan mereka mengalami kekalahan keenam dalam tempoh setahun buat kali pertama.

Ia merupakan tahun mengecewakan buat Jerman dengan kontroversi di luar padang serta kegagalan pasukan beraksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia, sekaligus gagal menghasilkan sesuatu yang positif bagi tahun ini.

Daripada segi keputusan perlawanan, tewas 3-0 kepada Belanda merupakan yang terburuk selepas tunduk kepada skuad muda kendalian Ronald Koeman itu.

Tetapi tewas 1-0 kepada Mexico dan Korea Selatan 2-0 di peringkat kumpulan adalah yang paling buruk apabila tersingkir dalam saingan Piala Dunia di Russia.

Dua lagi kekalahan mereka hadir menerusi aksi persahabatan kepada Brazil dan Austria.

Tetapi kekalahan kepada Perancis semalam menyebabkan Jerman kini di ambang penyingkiran ke Liga B Liga Negara-Negara UEFA, sekali gus mengharungi kekalahan keenam pada 2018 yang menjadi rekod buat skuad berkenaan.

Selepas kekalahan 0-3 skuad kendaliannya kepada Belanda, Ahad lalu, Loew seakan-akan bengang dan terganggu apabila enggan menjawab soalan daripada media Jerman membabitkan masa depannya.

Kekalahan itu juga mencetus persoalan sama ada beliau masih layak mengekalkan jawatannya berikutan penyingkiran memalukan di Piala Dunia Russia, Julai lalu.

“Sudah tentu, kekalahan ini menghasilkan begitu banyak kerosakan, kepada staf, pemain dan paling terkesan adalah peminat,” kata Loew.

“Ia tidak mengejutkan saya sangat. Selepas Piala Dunia, ia adalah proses di mana kami perlu menguruskan sesuatu. Akan ada beberapa kejutan atau kekalahan. Saya tidak begitu terkejut.

“Adalah normal untuk saya dikritik, tetapi saya boleh menangani kritikan dengan amat baik. Saya bercakap dengan Presiden (Persekutuan Bolasepak Jerman) dan adalah jelas kami perlu bersatu padu,” katanya.

Loew masih meletakkan kepercayaan kepada kelompok bintang veteran yang menyinar di Piala Dunia 2014, antaranya Thomas Mueller, Jerome Boateng dan Mats Hummels sekali pun prestasi mereka jauh daripada apa yang ditampilkan di Brazil.

Pada usia 32 tahun, dan mengalami dua kecederaan patah kaki tahun lalu, Manuel Neuer juga tidak lagi dilihat sebagai penjaga gol berkelas dunia.

Menentang Belanda, Boateng dan Hummels sering memberikan ruang buat tuan rumah dan di jentera serangan, Jerman hanya meledak 10 gol dalam 12 perlawanan terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN