Sebelum tibanya Facebook, kita sempat membesar dengan zaman Myspace dan Friendster. Melalui kedua-dua platform ini, kita mula memahami yang tidak semua apa yang kita sukai itu disukai oleh orang lain.
Kita mula obses dengan layout kita, muzik yang kita dengar dan paparkan, gambar-gambar yang kita kongsikan dan sebagainya.
Untuk kali pertama dalam hidup, kita membiarkan masyarakat dari dunia digital dari seluruh dunia menilai profil kita dan menyatakan sama ada kita disukai atau tidak.
Malah, kita juga menilai orang lain yang kita tidak kenal secara personal melalui apa yang dipaparkan di laman MySpace mereka.
Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Dan tidak semua pendapat itu popular dan boleh diterima oleh semua orang dengan baik.
Ada yang kelakar, ada yang mampu membuatkan anda “triggered“, dan tak kurang juga yang agak kontroversial.
Baru-baru ini kami meminta pengikut kami di Twitter SemuanyaBOLA (@mysemuanyabola) untuk memberikan pendapat tidak popular mereka.
Unpopular opinion. Football version.
Go! ⚽️ #SemuanyaBOLA pic.twitter.com/1AZKlvg04U
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 4, 2018
Balasan dari mereka tidak mengecewakan. Seperti yang dijanjikan, inilah 21 pandangan yang tidak popular dari pembaca kami di Twitter mengenai bola sepak Malaysia dan antarabangsa. Nikmatilah!
1. EPL = Glorified Malaysian Super League
MSL is Malaysia version of EPL. Lots of money (spent, not gain), tonnes of outside talents, poor NT https://t.co/HB8PbZuhF0
— فقرى (@Fxkhry) June 6, 2018
2. Lagu terbaik World Cup.
https://twitter.com/Syamilalias09/status/1003907055785144320
3. LVG > Jose Mourinho
https://twitter.com/cheryna27/status/1003676827825537024
4. Tiada lagi pasukan negeri
https://twitter.com/kxmbxng/status/1003676847387758592
5. Liga M = Liga Sarkis
Liga M dah macam liga sarkas boleh tukar jadual game sesuka hati, transfer window kejap awal kejap lewat. Dah tak rancak macam dulu. https://t.co/ep7iDDQ0w0
— Amirul Hafiz (@AmirulHafiz_4) June 4, 2018
6. Keadilan untuk pemain import
Sepatutnya pemain import yg dah dibawa masuk tidak boleh diganti pada jendela perpindahan yg sama , melainkan atas sbb kecederaan. Ini bagi menjamin keadilan pemain tersebut membuktikan keupayaannya . https://t.co/cXg2EZSQep
— حازم دين (@hazeemdin) June 4, 2018
7. King Henry sebagai pemain terbaik 2003
Henry patut menang Ballon d Or 2003 bukan Nedved https://t.co/9j98aJMQU7
— Bun 🏴 (@izz_ameer) June 4, 2018
8. Teori ‘fizikal orang kita’ yang bodoh
https://twitter.com/nuraliffyazid/status/1003682741328609281
9. Ini bukan soal bola sepak, ini soal akidah!
“Bola sepak ni musuh Islam cipta untuk lalaikan umat Islam dari mengingati Allah” – not me. https://t.co/ueEfEmlVkX
— TotallyMejah 🏄 (@rhdonna) June 4, 2018
10. Tukar pengulas TV dengan pengulas TV realiti.
Semua pengulas tv Liga Super wajib ditukar dan dipilih dgn cara audition realiti show https://t.co/xsDutxTjHe
— Aliff (@nuraliffff) June 4, 2018
11. Hapuskan pemain import!
https://twitter.com/bearsejuk/status/1003675388701102080
12. Kemana hala tuju selepas NFDP?
Budak budak nfdp tu jika berpecah nanti skrip bolasepak malaysia akan tetap sama kerana kita takde masalah dalam aspek pembangunan cuma masalahnya halatuju player2 muda ni selepas tu je https://t.co/IpnxxJ2VbR
— Taufik (@taufikmkhtr) June 7, 2018
13. Gareth Bale > Cristiano Ronaldo
Gareth Bale kalau cergas 100%, confirm meletop lagi dari CR7 https://t.co/YRQvB7R5m9
— Ubeyd Cally (@UbeydCally) June 6, 2018
14. Peter Schmeichel > De Gea > Van der Sar
De gea is better than Van Der Sar but Peter Schumeichel still the best goalkeeper for Manchester United https://t.co/JJCTOIKO49
— Ironmal🇵🇸 (@ikmalhfz) June 6, 2018
15. JDT ‘beli dan bunuh’ – #Triggered
JDT guna cara 'Buy to kill' macam Bayern Munich di Bundesliga. Mereka beli best player rival untuk membunuh team lawan dan terus dominan di liga https://t.co/7CYgG9XHIH
— Syairul Syazwin 🟢🔴⚫⚪ (@SyairulSyazwin) June 6, 2018
16. Cristiano Ronaldo tak power mana pun
cristiano ronaldo tak layak langsung berada dalam list top 10 greatest footballer of all time https://t.co/G8GpzbfRLc
— shamim (@manmimmum) June 6, 2018
17. Perempuan dan bola = Ronaldo
Pada perempuan:- ronaldo itu bola sepak dan minat ronaldo bermakna minat bola sepak https://t.co/dK83lQMuHV
— ℤℝ (@Ooney_Abraymen) June 6, 2018
18. Tiada import = kejayaan
Pemain tempatan Malaysia lebih hebat main untuk negara apabila tiada pemain import bermain dalam liga.
2009 : Menang pingat emas sukan SEA
2010 : Juara Piala AFF https://t.co/L2wDaE8ORP— Anwa 🇲🇾 (@AnwarHazique) June 6, 2018
19. Derita seorang penjaga gol
A striker can miss numbers of chances and ppl will eventually get over it, a keeper fails once and years past but will still be pointed out that single mistake. Single players never lose a game, it is the team’s fault. https://t.co/wzC5U8xfIH
— yanie (@unitedfreex) June 6, 2018
20. JDT = $$$
JDT pasal ada duit je. Kalau tak, tah pahape je. https://t.co/UmyXap5Be0
— Hadi Nor (@hadi_nor) June 6, 2018
21. ManUtd dalam zaman gelap. Masih.
ManUtd is still in it's dark years after Sir Alex left. Winning Europa is big but not as big as winning the PL / UCL https://t.co/0UqnGAxD2k
— TwtManUtd 🇲🇾 (@TwtManUnited) June 4, 2018
Harus diingat bahawa pendapat mereka adalah pendapat dan ia bukan fakta. Mereka mempunyai hak untuk menyatakan pendapat masing-masing.
Anda tidak bersetuju? Itu hak anda kerana kadang kala, pendapat mereka tidaklah salah, namun ia tidak popular kerana kadang kala kebenaran itu pahit dan pandangan setiap manusia itu berbeza.
Pesan kami, berhemahlah dalam berkata-kata kerana bahasa itu jiwa bangsa. Belajarlah menghormati pendapat orang lain dan kebebasan bersuara itu, bukanlah kebebasan untuk anda berkata apa saja benda yang anda suka.
Apakah pendapat tidak popular anda mengenai bola sepak? Kongsikan diruangan komen kami di Facebook.