20 Teguran Makcik Pakcik Bawang Bila Berjersi Di Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri adalah hari umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan ke atas hawa nafsu setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Hari Raya yang juga dikenali sebagai Hari Lebaran ini  juga menjadi titik persamaan antara ahli keluarga untuk berkumpul bersama sekurang-kurangnya setahun sekali dan saling bermaaf-maafan selain bersua muka setelah sekian lama terpisah.

Kenapa Mesti Baju Melayu dan Baju Kurung?

Sebenarnya, umat Islam disunatkan untuk memakai pakaian terbaik mereka di hari perayaan ini. Ia tidaklah seharusnya baru, tetapi pakaian tersebut perlu dilihat sebagai simbol Muslimin dan Muslimat meraiakan kemenangan.

Di Malaysia lazimnya, umat Islam akan menggayakan baju Melayu bagi lelaki , tak kiralah bercekak musang atau berteluk belanga, dan berbaju kurung atau kebaya bagi perempuan.

Namun, tidak seperti tahun sebelumnya, Hari Raya pada tahun ini lebih istimewa kerana pada malam Raya, acara sukan terbesar dunia iaitu Piala Dunia telah bermula.

Jadi, tidak hairanlah jika ada saudara mara atau sahabat kita yang menggayakan jersi bola sepak selepas selesai solat sunat Aidilfitri sebelum mereka ke majlis rumah terbuka.

Malah, ada juga yang memilih untuk memakai jersi bola sepak sewaktu mengunjungi rumah terbuka pada hari raya ke-2, ke-3 dan seterusnya atas faktor trend dan keselesaan.

Harus diingat bahawa terdapat golongan-golongan konservatif yang tidak bersetuju dengan cara pemakaian tersebut

Golongan-golongan ini biasanya digelar “Makcik atau Pakcik Bawang” kerana sering “bergossip’ dan bertanya soalan sensitif selain memberikan teguran yang tidak berlapik kepada golongan yang lebih muda.

Kami di SemuanyaBOLA melakukan survey pada Hari Raya yang lalu dan bertanya kepada pengikut kami di Twitter tentang “teguran Pakcik Makcik Bawang” yang akan mereka dapat jika memakai jersi ke majlis rumah terbuka.

Dan respons yang kami terima tidak pernah mengecewakan. Enjoy!

  1. Jenis pakcik bawang yang ‘rasis’

2. Jadi sasaran mudah untuk mendapat ‘soalan-soalan maut’.

3. Tidak dialu-alukan untuk duduk lama di rumah mereka.

4. Jenis fans Itali yang mudah “triggered“.

5. Teguran seksis.

https://twitter.com/xabee04/status/1007645546725560320

6. Dapat teguran ‘makan dalam’.

https://twitter.com/khezw4n4nwar/status/1007653670220017666

7. Pertanyaan orang lama-lama yang kami pun tak faham kenapa dia tanya.

8. Sembang Cristiano Ronaldo dengan atok.

9. Teguran makcik yang sayangkan rendang.

https://twitter.com/SyedfareezH/status/1007650801223782400

10. Jenis penyokong Liverpool yang berdendam dengan United.

11. Ada juga yang terus “mendapat”.

12. Teguran ‘semua salah Yahudi’.

13. Pakai jersi Malaysia pun kena juga.

14. Sarcasm dari ‘acik’ yang minat bola.

https://twitter.com/arepozil10/status/1007642741415661569

15. Nasihat orang tua yang ingat World Cup ni macam Piala Malaysia.

16. Sindiran yang boleh bawak bergaduh hingga terbalik balang kuih.

17. “Majlis rumah terbuka bukan stadium”

https://twitter.com/aynashazwani/status/1007629342656978944

18. Tak apa. At least makcik cuba.

19. Jenis diskriminasi.

https://twitter.com/TheAzfarANS/status/1007638089479536641

20. KOSONG

Kami sengaja tinggalkan tempat terakhir ini kerana kami yakin anda ada idea yang menarik mengenai isu ini. Ayuh balas di Twitter kami @mysemuanyabola atau tinggalkan pendapat anda di bahagian komen!

Pesan kami, jika anda ditegur oleh ‘Pakcik Makcik Bawang’ ini, bersabarlah kerana mereka sebenarnya mahu melontarkan pandangan dan teguran. Cuma, kadang kala kita perlu bersikap terbuka untuk menerimanya dan janganlah simpan di dalam hati.

Budaya dan adat resam adalah sesuatu yang perlu dikekalkan. Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh berevolusi mengikut peredaran zaman.

Kami di SemuanyaBOLA akan terus komited dengan tugas kami demi menyebarkan informasi bola sepak meskipun tengah sibuk beraya dan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI. MAAF ZAHIR DAN BATIN!

P.S: Kalau nak tahu, cover girl kami untuk artikel ini adalah Saudari Amai Hamid. Terima kasih sebab sudi share gambar beraya dengan kami. Kalian boleh follow Amai di IG beliau, okay? 😀

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN