Majalah Bola Sepak Itali Pilih Video Ini Sebagai ’20 Saat Paling Teruk Dalam Sejarah Bola Sepak’

Kami pasti ramai peminat bola sepak Malaysia akan mencalonkan video Malaysia dibelasah UAE 10-0 sebagai calon ’20 saat paling teruk dalam sejarah bola sepak’.

Tetapi percayalah bila kami cakap video berdurasi 20 saat yang dipilih oleh sebuah majalah bola sepak Itali, I’Ultimo Uomo ini lebih teruk daripada kekalahan 10-0 kita.

Sekurang-kurangnya dalam kekalahan 10-0 tersebut, UAE bermain dengan cantik.

Tetapi dalam video yang dipilih I’Ultimo Uomo sebagai ’20 saat paling teruk dalam sejarah bola sepak’ ini, kedua-dua pasukan bermain buruk. Lebih buruk daripada pasukan kampung-kampung!

Perlawanan ini membabitkan QPR menentang Manchester City ketika aksi FA Cup yang berlangsung di halaman QPR pada 23 Januari 1993.

Berdasarkan video di atas, kami ada kuiz untuk anda:

I. Pasukan manakah yang sedang menyerang?

  1. QPR (berbaju belang biru putih)
  2. Manchester City (berbaju ungu)

Jawapan: QPR

II. Siapakah nama pemain Manchester City (bernombor 4) yang membuat kesilapan menggelikan hati (back pass) seperti gambar di bawah?

Jawapan: Steve McMahon

Sumber:

1. Daniele Manusia (2017). I 20 secondi di calcio più brutti di sempre?. I’Ultimo Uomo. http://www.ultimouomo.com/i-20-secondi-di-calcio-piu-brutti-di-sempre/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN