20 Ribu Penyokong Nacional Pakai Topeng Muka Suarez Rayu Penyerang Itu Pulang

Bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez secara tiba-tiba disebut bakal berhjirah ke Bundesliga untuk menyertai Borussia Dortmund.

Beliau yang baru saja menamatkan kariernya bersama-sama Atletico Madrid kini dijangka akan menyertai Dortmund sebagai salah satu usaha kelab itu mencari penyerang gantian.

Hal ini kerana, penyerang yang baru saja Dortmund peroleh iaitu Sebastian Haller terpaksa disisishkan selepas disahkan menghidap penyakit kanser testikular.

Laporan dari Football Espana mengatakan yang kini Suarez sedang diperhatikan oleh Dortmund dengan tawaran yang menarik diberikan kelab tersebut untuk beliau.

Hal ini kerana, walaupun hanya memberikan kontrak selama setahun sahaja akan tetapi ianya cukup menarik untuk Suarez kerana pemain itu boleh terus kekal di Eropah dalam misi untuk beraksi di Piala Dunia 2022 akhir tahun ini.

Suarez dikatakan mahu terus kekal di Eropah kerana beliau juga masih mahu mengganas dalam saingan UEFA Champions League (UCL).

Pulanglah, Suarez!

Penyerang berkualiti seperti Suarez ini semenangnya masih lagi menjadi kemahuan pelbagai pasukan.

Malah tidak terkejut pasukan dari hampir setiap benua di dunia ini masih mahu cuba mendapatkan khidmat.

Kelab Amerika Syarikat, DC United dikatakan turut berminat untuk membawa pemain itu ke saingan Major League Soccer.

Akan tetapi, pengurus baharu mereka iaitu Wanye Rooney memilih untuk tidak membawa pemain tersebut dalam revolusi beliau bersama kelab itu.

Selain itu, kelab Uruguay iaitu Nacional juga sedang berharap agar Suarez pulang semula ke pangkuan mereka.

Nacional merupakan kelab yang membangunkan bakat Suarez sebelum pemain itu berhijrah ke Eropah.

Malah, 20 ribu penyokong Nacional baru-baru ini telah memakai topeng Suarez sebagai salah satu cara untuk pujuk pemain itu pulang menyertai mereka sebelum menamatkan karier.

Luis Suarez
Fans of Nacional hold masks with an image of Uruguayan football star Luis Suarez and placards reading #SuárezANacional (#SuárezToNacional) as part of a campaign to try to convince the striker to return to the club, during the 9th minute of the Uruguayan First Division match between Nacional and Cerrito at the Gran Parque Central stadium in Montevideo on July 21, 2022. – A massive campaign on social networks has expanded in Uruguay so that the Uruguayan idol Luis Suárez returns to Nacional, the club of his beginnings before acquiring world fame. Under the hashtag #SuárezANacional, fans of Nacional are trying to convince him to join the club until the World Cup. (Photo by Pablo PORCIUNCULA / AFP)
Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN