Terengganu dijangka bakal membuat sedikit rombakan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan selepas pasukan itu tampil konsisten sepanjang aksi tahun ini di pentas domestik serta Asia.
Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, Sang Penyu jelas sedikit bergelut daripada segi prestasi pada awal musim sebelum mereka perlahan-lahan menyesuaikan diri di segenap posisi bawah sentuhan jurulatih tersebut.
Walaupun tidak dapat layak dengan lebih jauh dalam saingan AFC tahun ini, secara keseluruhan prestadi pasukan itu berada pada tahap memberansangkan untuk tidak tewas dalam setiap perlawanan dihadapi.
Untuk aksi domestik, Terengganu menamatkan cabaran mereka dalam saingan Liga Super di tangga keenam menerusi 11 kemenangan diraih daripada 26 perlawanan dihadapi.
Bagi aksi Piala FA pula, mereka terkandas di pentas separuh akhir sebelum melayakkan diri ke pusingan final Piala Malaysia bersama prestasi cukup memberansangkan.
Untuk peminat Sang Penyu, sudah tentu ini merupakan sesuatu cukup baik buat mereka apatah lagi Terengganu juga masih baharu membuat rombakan dengan agak besar.
Sudah tentu untuk musim hadapan, penyokong pasukan ini mengharapkan sesuatu lebih baik mampu diraih dengan kini beberapa laporan tidak rasmi sudah keluar membabitkan jendela perpindahan pemain.
Laporan terbaharu menyatakan Sang Penyu bakal mendapatkan khidmat dua pemain import baharu dari Croatia dan ia dimaklumkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Kehadiran dua bintang import dari Croatia itu walau bagaimanapun masih belum dijelaskan latar belakang serta posisi utama mereka untuk menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tetapi, berkemungkinan besar Steinbruckner ingin mengukuhkan posisi tengah serta serangan mereka menjadi lebih baik berbanding musim ini.
Ini kerana pengendali dari Croatia itu dilihat begitu selesa mengambil pendekatan menggunakan tenaga tempatan untuk membarisi posisi pertahanan dan memberi impak cukup berkesan.
Jangkaan kami, mungkin tiada sebarang rombakan bakal dibuat Steinbruckner atau sekurang-kurangnya sehingga ke pertengahan saingan Liga M bagi jendela perpindahan kedua.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi untuk mana-mana pemain import Terengganu dikekalkan selain Ivan Mamut untuk saingan musim hadapa.