Apa sudah jadi dengan Memphis Depay. Daripada prospek rebutan dunia kepada pemain yang gagal menyerlah walaupun sudah bertukar pengurus di Old Trafford.
Kedatangan Mourinho dianggap sebagai penyelamat karier Depay. Mana tidaknya, apabila Depay banyak digunakan dalam perlawanan pra musim.
Depay juga menjadi pemain pilihan Mourinho dalam beberapa perlawanan awal United di bawah The Special One.
Selepas itu pemain sayap Belanda ini sekali lagi hilang. Depay gagal memecah masuk ke dalam pasukan utama United bahkan gagal menjadi pemain pilihan kedua.
Beliau dibeli dengan harga £31 juta dari PSV Eindoven. Kini hanya mampu dijual £14 juta. Bayaran tambahan pun hanya akan menyaksikan Lyon membayar tambahan sekitar £7 juta.
Ini alasan United melepaskan Memphis Depay
1. Terlalu ramai pemain sayap
Mourinho menegaskan beliau memiliki terlalu ramai pemain sayap. Memphis Depay antara pemain yang bukan pilihan utama atau kedua. Jadi, mereka tidak ada masalah untuk melepaskan Depay.
Pemain yang sama dengan posisi Depay adalah Anthony Martial, Henrikh Mkhitaryan, Juan Mata, Jesse Lingard, dan Marcus Rashford.
2. Gaya hidup
Depay dikatakan pemain yang kerap bersosial dan berparti. Ia kurang digemari Jose Mourinho dan pengurusan Manchester United.
Namun Mourinho tidak mahu masuk campur dengan pilihan peribadi Depay. Sebab itu beliau tidak pernah menasihatkan pemain ini secara peribadi.
Cara terbaik adalah mengeluarkan Depay dari pasukan apabila ada tawaran dari kelab lain. Ini kerana Mourinho merasakan Depay bukan pemain yang sesuai dengan corak pengurusan beliau.
Bak kata orang kita, masing-masing dah besar jadi pandai-pandailah menilai mana benda yang baik, mana benda yang buruk.
Mampukah Depay bangkit?
Selepas karier yang suram di Old Trafford, beliau pastilah mahu membuktikan sesuatu di Lyon. Beliau pemain muda berbakat besar.
Depay masih ada masa depan yang cerah terutama sekali beliau masih pemain penting untuk negaranya Belanda.
Adakah beliau akan menjadi pemain handalan sekali lagi selepas ini?
[adrotate group=”6″]
Baca juga: Timor Leste Berhadapan Hukuman Berat, Isu Menurunkan Pemain Haram!