2 Perubahan Yang Bangkitkan Terengganu FC Untuk Atasi UiTM FC

Hakimi Abdullah David da Silva Terengganu FC Liga Super 2021

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain telah mengenalpasti dua masalah kepada aksi pasukannya dan hasil perubahan yang dibuat membantu mereka mengatasi UiTM FC.

Terengganu bangkit lewat di babak kedua untuk merampas tiga mata daripada UiTM FC bermula dengan jaringan penyerang, David da Silva dan pemain sayap gantian, Hakimi Abdullah untuk meraih tiga mata pertama buat mereka. Ini kemenangan pertama mereka untuk aksi minggu pertama sejak tiga musim lalu.

Beraksi di halaman lawan, Terengganu terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-33 hasil jaringan Fauzi Abdul Latif. Ia bermula hasil kesilapan bek import, Carli de Murga yang terlepas bola yang diterimanya daripada penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

Bola itu berjaya dirampas Rafie Mat Yaacob sebelum bertukar-tukar hantaran bersama Abu Bakr Al-Mel, seterusnya dihantar ke dalam kotak penalti untuk mudah disudahkan oleh Fauzi Abdul Latif. Dan menurut Nafuzi Zain, beliau nampak ‘sesuatu’.

Sejak daripada awal permainan, Carli de Murga tidak seperti dirinya malah Terengganu seharusnya berjaya mendahului perlawanan di minit ke-29 namun, sepakan penalti yang diambil David da Silva berjaya ditangkap rapi oleh Dominik Picak.

Jentera sayap sebelah kiri yang digerakkan oleh Faiz Nasir juga tampak perlahan, tidak seperti yang diharapkan oleh pengendali berusia 42 tahun itu. Sebaliknya, pemain yang baharu direkrut musim ini, Faisal Halim beraksi sedikit baik di sebelah kanan.

Nafuzi Zain memerlukan ‘suntikan’ segar agar skuadnya kembali pulih. Bermula di babak kedua, dua pertukaran segera dibuat olehnya untuk ‘menghidupkan’ pasukan. Faiz Nasir dikembalikan ke jentera tengah dengan kemasukkan Hakimi Abdullah.

Untuk Carli de Murga, Terengganu terpaksa memasukkan bek baharu buatnya iaitu Shahrul Nizam yang merupakan rekrut baharu daripada Kelantan musim ini.

Dan pada minit ke-77 barulah skuad pelawat berjaya meledakkan jaringan penyamaan menerusi David da Silva yang menerima hantaran lambung jarak jauh daripada Makan Konate sekaligus menebus kekecewaannya gagal dalam sepakan penalti.

Makan Konate sekali lagi mempamekan sentuhan emasnya apabila berjaya membuat hantaran lolos yang baik kepada Hakimi Abdullah yang kemudian melewati penjaga gol tuan rumah untuk menjaringkan gol kedua buat mereka di minit ke-87.

Menurut Nafuzi Zain, “Pada babak pertama, memang dari segi possession, kita kawal permainan cuma kita perlukan lebih kelajuan di jentera serangan terutamanya untuk bahagian sayap dan disebabkan itu saya membuat dua pertukaran.”

“Kapten, Carli de Murga juga nampak tidak stabil hari ini. Kalau kita tengok pada babak pertama, aksinya di luar kebiasaan yang kita nampak,” jelas Nafuzi Zain dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir di Stadium UiTM, Shah Alam.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC dan UiTM FC:

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

RASMI: 3 Perkara Tentang Pemain Baharu Terengganu FC, Carli de Murga

Dominik Picak, Produk Dinamo Zegreb Antara ‘Koleksi’ Terbaharu UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN