Debaran aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 terus dirasai oleh seluruh para penyokong Harimau Malaya ketika ini, dengan pelbagai andaian sudah pun dibuat menerusi media sosial.
Ramai yang menjangkakan Malaysia akan mara ke final berdasarkan prestasi semasa mereka ketika berdepan Thailand tempoh hari di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Keputusan Masa Penuh
Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 7 Januari 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇹🇭 THAILAND
⚽️ Faisal Halim 11'
▶️ Separuh Akhir 2 di Bangkok pada Selasa, 10 Januari 2023#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/3xxi7jXlJi
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Namun, ada juga yang beranggapan ini merupakan perlawanan terakhir buat Harimau Malaya di pentas Piala AFF dengan tewas kepada pasukan tuan rumah.
Walaubagaimana pun, jelas kini Malaysia sudah pun mempunyai kelebihan satu gol dan sudah pun separuh kaki melangkah ke pentas final.
Ini kerana, Malaysia hanya perlu terikat seri sahaja tanpa sebarang jaringan untuk mara ke final berdasarkan kelebihan agregat dan masih mampu ke pusingan akhir, sekiranya seri 1-1.
“Siapa sahaja yang bermain sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik. Kita boleh dianggap 50 peratus untuk melangkah ke final. Kita tidak mahu terlepas peluang terbaik ini,” kata Faisal menerusi Berita Harian.
Pada masa sama, pemain serangab lincah itu juga menuntut kepada rakan sepasukan lain supaya meningkatkan lagi tahap semasa permainan untuk mengatasi tuan rumah.
“Kita perlu lebih bersemangat dan agresif. Kita dapat bertahan dengan baik tetapi kita bergelut untuk memberi saingan di bahagian tengah.
“Mungkin ada perancangan lebih baik akan diatur oleh barisan kejurulatihan untuk mengatasi perkara ini pada aksi kedua nanti.
“Saya harap kita dapat kekalkan satu jaringan ini di Thailand dan jangan bolos kerana sekurang kurangnya kita masih ada 1-0,” katanya.
Through the keeper's legs, signed by @faisalhalim_7 🇲🇾#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvTHA pic.twitter.com/7SzhkZNBB9
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Pada perlawanan lalu, Faisal menjadi wira buat negara selepas jaringan tunggalnya cukup untuk mengesahkan kemenangan buat pasukan negara di laman sendiri.
Walaupun begitu, kerisauan sedikit sebanyak terbit dalam kalangan peminat sepanjang aksi tersebut berlangsung kerana Malaysia jelas menerima tekanan tinggi daripada Thailand sepanjang saingan berlangsung.
Sekiranya Malaysia mampu meraih tempat ke pusingan final malam ini, ianya pasti akan memberi keterujaan buat Faisal dan rakan sepasukan, selepas Vietnam sudah pun mengesahkan diri ke peringkat akhir.
🎦 #MASvTHA 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧𝗦
🇲🇾 Malaysia 1⃣-0️⃣ Thailand 🇹🇭
Just the one goal separated the two sides at the end 💥
#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/7uVJYjjkqw— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 7, 2023
Ini akan menjadi peluang terbaik buat Kim Pan-gon bersama barisan pemainnya untuk kembali menuntut bela atas kekalahan diterima mereka pada perlawanan peringkat kumpulan lalu.