2 Penjaga Gol Yang Sering Terpinggir Curi Tumpuan Dalam Aksi Sulung Liga Super 2022

penjaga gol penang fc negeri sembilan fc liga super 2022

Malam pertama, minggu pertama saingan Liga Super 2022 menyaksikan kelibat dua penjaga gol telah berjaya mencuri tumpuan selepas agak lama dan sering terpinggir iaitu Ahmad Syihan Hazmi dan Khatul Anuar Jalil.

Syihan Hazmi beraksi bersama Negeri Sembilan FC dan telah membantu skuad Jang meraih tiga mata pertama mereka di Liga Super selepas kembali pada musim ini, sementara Khatul Anuar pula bersama Penang FC.

Khatul Anuar menjadi tumpuan apabila menjadi tembok kebal selama lebih sejam perlawanan berlangsung sebelum berjaya juga dibolosi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minit ke-70 menerusi gol Bergson da Silva.

Deretan percubaan ciptaan JDT menerusi Bergson, Fernando Forestieri dan Nazmi Faiz berjaya dinafikannya.

Dengan ketinggian 180cm, penjaga gol ini mempamerkan aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke UKM FC pada musim 2019 dan merekodkan “cleansheet’ terbanyak di saingan Challenge Cup 2019. Mereka mara ke pentas final dan beliau dinobat pemain terbaik perlawanan akhir kedua ketika tewas 5-6 menerusi sepakan penalti.

Mereka telah diikat 1-1 secara agregat saat berdepan juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) II di perlawanan akhir.

Beliau adalah pemain yang dahagakan aksi kompetitif berdasarkan desakannya kepada pengurusan KL City pada awal musim lalu selepas The City Boys membawa masuk penjaga gol import, Kevin Mendoza. Mereka ketika itu sudah memiliki beberapa penjaga gol dan ini yang membuatkannya rasa kedudukannya terancam.

KL United Jelaskan Situasi Sebenar, Khatul Anuar Mahu Bincang Masa Depannya

“Saya memang positif, lain la kalau pemain tempatan. Disebabkan import, kalau dia [Kevin Mendoza] tidak bermain, orang akan persoalkan,” ungkap penjaga gol berusia 24 tahun itu kepada Semuanya BOLA ketika itu.

Jelas, apa yang berada di fikirannya berlaku, beliau langsung tidak berpeluang beraksi walaupun merupakan bekas pemain skuad B-23 negara. 12 kali beliau hanya berada di bangku simpanan juara Piala Malaysia itu.

Dan di saat mungkin ramai menjangkakan beliau sekali lagi akan menjadi pilihan kedua di belakang Hafizul Hakim yang turut menyertai Penang musim ini, pengendali, Tomas Trucha memilihnya untuk aksi pertamanya dan paling terbaik adalah untuk berdepan juara lapan kali Liga Super dan juara Sumbangsih 2022, JDT.

Syihan Hazmi pula merupakan pemain yang sering menjadi pilihan kedua dengan mana-mana pasukan yang disertainya seperti Negeri Sembilan dan PJ City FC. Kini, berusia 26 tahun dan kembali ke Negeri Sembilan, Syihan Hazmi menjadi pilihan utama pengendali, K. Devan dalam aksi pra-musim dan aksi pertama liga.

Membuat debut bersama Harimau Malaya pada usia 17 tahun, tentunya potensi beliau sudah lama diketahui.

Namun, beliau terpaksa melalui penggantungan selama dua tahun akibat kes positif doping pada tahun 2018.

K. Devan turut mengambil sedikit masa memuji penjaga golnya yang menafikan sepakan penalti yang diraih Sabah FC itu selepas perlawanan. “Saya rasa Sabah adalah pasukan yang baik. Mereka ada banyak peluang untuk menjaringkan gol. Mungkin kecemerlangan penjaga gol kita pada hari ini, kita dapat tiga mata.”

Ini hanyalah aksi pertama mereka, namun sekurang-kurangnya kedua-duanya telah berjaya mencipta sensasi tersendiri. DIharapkan prestasi baik mereka akan diteruskan dan terus menjadi tunjang utama dalam aksi Liga Super agar kita akan dapat melihat kelibat penjaga gol baharu buat skuad Harimau Malaya selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN