Aksi pertembungan antara Chelsea dan Tottenham Hotspur semalam berakhir dengan insiden panas melibatkan dua pengurus.
Thomas Tuchel dan Antonio Conte dilihat bertelagah sesama sendiri selepas tamat wisel perlawanan yang diadakan di Stamford Bridge.
Semuanya bermula apabila Tuchel dan Conte berjalan ke arah masing-masing untuk bersalaman selepas tamat perlawanan.
Namun dengan muka yang berang, kedua-duanya bersalaman dengan dan kemudiannya bertelagah sesama sendiri.
Ia kemudiannya memaksa pemain dan pegawai kedua-dua pasukan perlu menenangkan dua pengurus tersebut.
Hasil daripada pertelagahan itu, Tuchel dan Conte dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan. Anda boleh tonton video dibawah:
An instantly iconic handshake.
(via @SkySportsNews)pic.twitter.com/KanTVJJOLf
— B/R Football (@brfootball) August 14, 2022
Conte masih tak puas hati
Conte kemudiannya mengambil jalan di media sosial untuk memberikan respon tentang apa yang terjadi.
Di Instagram, pengurus berbangsa Itali itu memuat naik Instagram Story yang ditujukan kepada Tuchel.
Dalam IG Story itu, Conte memuat naik video Tuchel berlari meraikan gol kedua Chelsea di sebelah Conte.
“Nasib baik saya tak nampak awak [ketika sedang meraikan gol], buatkan awak tersadung rasanya elok juga ni,” tulis Conte di Instagram.
Insiden melibatkan Tuchel dan Conte ini adalah episod baharu kepada siri pergaduhan melibatkan Chelsea dan Tottenham di Stamford Bridge.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan pernah bertelagah pada 2016 ketika Tottenham perlu menang di gelanggang Chelsea untuk memastikan kejuaraan liga tidak menjadi milik Leicester City.
Namun, mereka tumbang hasil jaringan penyamaan Eden Hazard dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 yang menjadikan Leicester juara liga.
Perlawanan semalam berakhir dengan keputusan 2-2 apabila Kalidou Koulibaly menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea.
Pierre-Emile Hojberg menjaringkan gol penyamaan untuk Tottenham sebelum Recce James kembali meletakkan Chelsea di depan.
Harry Kane muncul wira pelawat apabila menyumbang gol pada masa kecederaan untuk memastikan Tottenham pulang dengan satu mata.