2 Pemain Terengganu Bakal Dipinjamkan Buat Kelab Lain Musim 2024/2025?

Terengganu nampaknya menjadi antara pasukan yang akan meminjamkan pemainnya kepada kelab lain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025.

Terdahulu, pasukan tersebut telah pun menandatangani tiga pemain tempatan baharu dengan dua daripadanya hadir dengan status pinjaman.

Tiga pemain tersebut ialah bekas pemain tengah kebangsaan iaitu Akram Mahinan, Akhyar Rashid, serta pemain sayap lincah Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Manakala slot pemain import pula menyaksikan Sang Penyu menandatangani dua pemain baharu untuk saingan hadapan iaitu Matthew Steenvoorden di posisi pertahanan serta penyerang baharu, Ismaheel Akinade.

Selain menandatangani bintang baharu, Terengganu juga dilaporkan bakal melepaskan beberapa pemain nereka secara pinjaman pada saingan hadapan kepada pasukan lain.

Laporan terbaharu menyatakan pemain serangan mereka iaitu Mohd Faiz Nasir bersama pertahanan kental, Muhammad Arif Fadzilah bakal dipinjamkan kepada pasukan lain bagi saingan hadapan.

Ianya dilaporkan sendiri melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas dengan menyatakan kedua pemain tersebut berkemungkinan bakal dipinjamkan kepada Kuching City sehingga saingan liga selesai pada April hadapan.

Walaupun begitu, rundingan masih lagi dibuat kini kerana Kelantan United jug berminat untuk mendapatkan kedua pemain tersebut dengan status pinjaman.

Malah, Sabri juga tidak menolak kemungkinan akan ada pemain Terengganu lain bakal dipinjamkan juga dalam usaha mereka untuk memastikan kantung kewangan pasukan dapat diuruskan dengan baik.

“Selain Kuching City yang berminat untuk mendapatkan khidmat Faiz, pasukan negeri kelahirannya iaitu Kelantan United FC (KUFC) juga turut berminat untuk mendapatkan bekas pemain sayap skuad kebangsaan itu.

“Manakala setakat ini Arif Fadzilah hampir pasti bakal menyarung jersi skuad Pulau Borneo itu, namun Faiz masih lagi di peringkat rundingan sama bakal berhijrah ke Sarawak ataupun KUFC.

“Namun sehingga kini kedua-dua pemain itu masih lagi pemain TFC, pada masa sama ada lagi pemain yang bakal dipinjamkan bagi memastikan kantung pasukan tidak terjejas dalam mengharungi kancah Liga M,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada pandangan anda, pemain mana lagi bakal dipinjamkan Terengganu pada saingan hadapan dalam usaha mereka untuk tampil lebih berjimat cermat bagi mengharungi saingan hadapan?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN