2 Pemain Fiorentina Dalam Senarai 5 Pemain B-23 Terbaik Ketika Ini Menurut Whoscored

Whoscored adalah laman statistik bola sepak yang terkenal. Mereka menjana data berdasarkan statistik opta.

Menurut Whoscored, ini adalah 5 pemain B-23 yang berada dalam prestasi terbaik buat masa ini. Susunan adalah mengikut ranking.

1. Kylian Mbappe- PSG (19 tahun)

Kylian Mbappe of Paris Saint Germain celebrates during the French Ligue 1 match between EA Guingamp and Paris Saint Germain at Stade du Roudourou on August 18, 2018 in Guingamp, France. (Photo by Baptiste Fernandez/Icon Sport via Getty Images)

Pemain ini diletakkan rating 8.14 oleh Whoscored setakat ini. Beliau terus menjadi pemain utama dalam skuad serba bintang PSG.

Mbappe sudah bermain 225 minit. Beliau sudah menjaringkan 4 gol dan melakukan 2 assist. Beliau juga cemerlang ketika bersama dengan skuad kebangsaan.

2. Ondrej Duda- Hertha (23 tahun)

Pemain muda Slovakia ini diletakkan rating 8.02 buat masa ini.  Beliau adalah pemain yang bermain di peranan no.10.

Sudah bermain sebanyak 180 minit dan menghasilkan 2 gol.

Beliau adalah prospek yang mulai menjadi perhatian di Jerman.

3. Gerson- Fiorentina (21 tahun)

Pemain ini membuat perpindahan kontroversi ke Fiorentina. Beliau asalnya mahu ke AC Milan.

Namun perpindahan itu tak dapat direalisasikan kerana status kewangan Milan dalam permerhatian FFP dan beliau akhirnya menyertai Fiorentina secara pinjaman

Penyokong Fiorentina awalnya mempersoalkan komitmen pemain ini selepas pernah pergi ke Rom tanpa kebenaran kelab.

Namun beliau menjelaskan dia balik atas urusan keluarga dan sudah meminta maaf.

Buat masa ini, statistik di atas padang menunjukkan pemain ini memang komited kepada pasukannya.

Bermain di peranan tengah ofensif, beliau kini berada dalam kedudukan ke-3 dalam data Whoscored. Bintang muda Brazil ini setakat ini diletakkan rating 7.99.

Sudah menyumbang 1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan, di mana beliau terlibat 158 minit.

Kini penyokong Roma pula resah jika mereka terpaksa melihat pemain ini berpindah secara tetap ke Fiorentina selepas aksi meyakinkan awal musim ini.

4. Maxi Gomez- Celta Vigo (22 tahun)

Penyerang berusia 22 tahun dari Uruguay ini menjadi penggempur utama Celta Vigo musim ini.

Setakat ini beliau mengumpul purata 7.98. Selain daripada keupayaan menjaringkan gol beliau juga mampu bermain linking up dengan baik.

Kreativiti beliau membolehkan beliau mencipta 2 assist. Beliau sudah menjaringkan 2 gol dalam 3 perlawanan yang beliau bermain kesemuanya sepenuh masa.

5. Giovanni Simeone- Fiorentina (23 tahun)

Bintang muda ini cemerlang pada musim ini. Anak kepada Diego Simeone ini melakukan 1 gol dan 1 assist dalam 2 penampilan bersama Fiorentina setakat ini.

Whoscored meletakkan rating beliau pada skor 7.95.

Minggu ini juga beliau menjaringkan gol antarabangsa pertama dalam debut bersama Argentina.

Sebelum ini Diego Simeone menyatakan beliau sengaja tidak memasukkan anaknya ini ke akademi ataupun skuad remaja Atletico kerana takut ianya akan membantutkan pembangunan pemain itu.

Beliau mahu anaknya tidak merasa dirinya ‘anak bos’ ketika proses pembangunan karier pada usia sekarang.

Adakah selepas ini ayah dan anak ini akan bergabung dalam satu pasukan selepas si anak stabil?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN