2 Pegawai Dari Malaysia Bakal Bertugas Di Piala Dunia 2018

Setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan dua pegawai dari FAM akan dihantar bertugas di Russia sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Dua pegawai itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Hj Mohd Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM, Christopher Raj yang telah dilantik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Subkhiddin bertugas sebagai Instruktur Teknikal Pengadil di Moscow, Russia bermula 31 Mei lalu hingga 17 Julai depan dengan skop tugasannya adalah merancang persiapan pengadil dari aspek teknikal, menganalisis prestasi pengadil, memberi penjelasan teknikal kepada pemain dan pegawai pasukan bertanding serta memberi maklumbalas mengenai prestasi pengadil sepanjang kejohanan.

“Sementara Christopher pula akan bertugas dari 6 Jun hingga 10 Julai depan sebagai Pegawai Media untuk venue perlawanan di Stadium Spartak, Moscow dengan berperanan memastikan operasi media di venue berkenaan berjalan lancar termasuk urusan pengendalian sidang media, fasiliti dan lain-lain keperluan media,” kata Hamidin dalam kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Walaupun FAM tidak dapat menghantar pasukan bola sepak kebangsaan ke kejohanan yang berprestij dunia itu tetapi pemilihan pegawai dari Malaysia ke sana merupakan satu penghormatan kepada negara.

“FAM berasa bangga dengan pelantikan Subkhiddin dan Christopher ini dan berharap kedua-dua mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di sana, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan FAM,” katanya di akhir kenyataan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN