2 Organisasi ‘Soccer’ Amerika Syarikat Rancang Adakan Kejohanan Pasukan Terlepas Piala Dunia

2 pertubuhan bola sepak di Amerika Syarikat kini merancang untuk membawa pasukan-pasukan besar yang gagal ke Piala Dunia Rusia untuk bertanding dalam satu kejohanan alternatif pada tahun hadapan.

US Soccer dan Soccer United Marketing kini sedang duduk semeja untuk membincangkan rancangan ini. Ia nampak sukar tetapi mereka akan cuba untuk merealisasikan kejohanan ini.

Pada temasya Piala Dunia 2018, banyak pasukan elit yang terlepas untuk menyertainya. Paling ironi apabila Amerika Syarikat yang gagal mara ke Piala Dunia Rusia.

Dalam filem-filem Hollywood, Amerika Syarikat kerap mengalahkan Rusia dan seringkali menggunakan watak orang Rusia sebagai antagonis.

Selain daripada Amerika Syarikat, pasukan seperti Itali dan Belanda dianggap sebagai tarikan utama untuk kejohanan ini.

Seterusnya negara seperti Ghana dan Chile juga tidak kurang hebatnya untuk menjadikan kejohanan itu dapat menarik perhatian ramai.

Usaha oleh Soccer United Marketing ini adalah untuk menggunakan publisiti pasukan elit dengan pemain elit ini yang tidak dapat digunakan oleh Rusia sebagai publisiti tambahan dalam Piala Dunia.

Di Amerika Syarikat banyak organisasi dan syarikat penaja berkaitan bola sepak kecewa dengan kegagalan pasukan kebangsaan mereka mara ke Piala Dunia kerana ia memberikan impak kepada kewangan mereka.

Mereka sudah merancang untuk mendapatkan pendapatan dan publisiti tambahan daripada kejohanan Piala Dunia sehingga ada sudah menandatangani kontrak dengan syarikat penyiaran sempena Piala Dunia.

Adakah hasrat ini akan direalisasikan? Sama-sama kita nantikan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN