2 Kelab Pantai Timur Dikejutkan Penang, Sentuhan ‘Magis’ Akmal Rizal Wajar Dipuji

Penang terus tampil dengan elemen kejutan tersendiri pada penghujung saingan Liga Super 2023, selepas pasukan tersebut berjaya tampil dengan lebih konsisen setelah mengharungi baki dua perlawanan terakhir.

Terbaharu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya memastikan pasukan tersebut tidak mencatat kekalahan seterusnya apabila satu mata berjaya digenggam mereka ketika terikat seri bertemu Terengganu 1-1.

Walaupun tidak memungut tiga mata penuh, secara keseluruhan ini merupakan suatu detik sangat penting buat pasukan tersebut yang enggan keciciran sebarang mata saat saingan Liga Super semakin menghampiri penghujungnya.

Pada aksi tersebut, Penang berjaya mengikat kembali kedudukan menerusi sepakan penalti yang diledak oleh Rafael Vitor selepas ada kekasaran dilakukan pasukan lawan.

Tampil dengan adunan pemain muda dan senior, jelas Akmal mempunyai perancangan tersendiri dalam pasukannya untuk berkembang dengan lebih maju pada masa akan datang.

Apatah lagi, Akmal merupakan antara jurulatih yang bijak dalam membangunkan ramai bakat-bakat baharu untuk Penang dan dibuktikannya dalam saingan Piala MFL.

Alif Ikmalrizal menjadi antara pemain yang dibentuk beliau dan kini sedia menjalankan tanggungjawab bersama pasukan senior serta skuad kebangsaan bawah 23 (B-23).

Bawah kendalian jurulatih tersebut, setakat ini Penang telah pun berjaya meraih empat mata penting sebelum saingan Liga Super 2023 tamat tidak lama lagi.

Bermula dengan episod kejayaan mereka mengejutkan Sri Pahang pada aksi sulung Akmal selaku jurulatih utama Penang, sentuhan magis jurulatih itu berjaya mendapat pujian ramai para penyokong.

Menyedari segalanya sudah pun terlambat untuk Penang memperbaiki kedudukan mereka, pastinya harapan penyokong Penang kini terarah kepada pembentukan pasukan sebelum saingan musim baharu menjengah nanti.

Jika dilihat pada perjalanan semasa, Akmal mampu untuk menggalas tanggungjawab selaku pengendali utama Penang pada musim hadapan jika pihak pengurusan memberi ruang seluasnya buat jurulatih tersebut.

Apapun, Akmal perlu membuktikan beliau layak pada baki tiga perlawanan ini dengan aksi terakhir Penang seterusnya menyaksikan mereka bakal berhadapan juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun dianggap mustahil untuk Penang meraih sesuatu, sekurangnya Akmal perlu membuktikan kepada penyokong beliau mempunyai pelan tersendiri untuk sekurangnya menyekat amukan pasukan lawan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN