2 Kali Tewas Berturut-Turut, Apa Sebenarnya Masalah Selangor?

Selangor terus kempunan untuk meraih kemenangan atau sekurangnya seri sebanyak dua kali berturut-turut dengan kali ini mereka mencipta kekalahan seterusnya kepada Terengganu dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA.

Selangor boleh dianggap sebagai salah satu pasukan terkuat kini di Malaysia selepas mereka tampil dengan status naib juara Liga Super pada musim lalu selain memiliki beberapa pemain berprofil tinggi.

Hadir dengan persiapan cukup menyakinkan sejak pramusim lalu, ramai menjangkakan The Red Giants mampu tampil memberi persaingan sengit untuk cuba merebut kejuaraan Liga Super musim 2024/2025.

Apatah lagi kelab tersebut juga turut menjadi wakil Malaysia musim ini untuk bersaing di pentas AFC Champions League 2 (ACL2) yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Pastinya prestasi semasa Selangor kini sangat menggusarkan kerana mereka dilihat mula menghadapi masalah sejak aksi pertama suku akhir Piala FA lalu menentang Kuching City.

Jika dilihat pada keadaan semasa, Selangor langsung tidak menghadapi sebarang masalah dalaman untuk mengganggu motivasi atau fokus pemain di atas padang.

Tetapi jika dilihat situasi atas padang pula, jelas pasukan tersebut masih perlu memperbaiki pelbagai isu seperti ketumpulan jentera serangan serta disiplin pertahanan.

Menerusi rungutan segelintir penyokong di media sosial, ramai menyifatkan penyerang import mereka musim ini iaitu Ronie Fernandez masih belum memberikan impak sebenar buat pasukan di atas padang.

Ronie yang membawa profil cukup gah sebelum menyertai Selangor sebenarnya diharapkan mampu untuk meneruskan konsistensi yang telah ditinggalkan oleh Ayron Del Valle sejak musim lalu.

Namun, pemain ini jelas masih belum menampilkan kualiti permainan terbaik sehingga banyak peluang-peluang berkualiti gagal disudahkan oleh beliau semalam sewaktu bertemu Terengganu.

Selain itu, kualiti pertahanan import Selangor iaitu Umar Eshmurodov juga turut menjadi pertikaian dengan ramai menyifaftkan Yazan Al-Arab jauh lebih menyakinkan di atas padang berbanding beliau.

Selain itu, secara keseluruhannnya Selangor perlu mengekalkan konsistensi terbaik daripada segi corak permainan di atas padang selain beberapa kesilapan individu dilakukan mereka perlu diperbaiki.

Nidzam Jamil sudah tentu menyedari setiap kelemahan dihadapi The Red Giants kini dan beberapa perubahan dijangka bakal berlaku membabitkan corak permainan pasukan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN