2 Kali Kalah Sebelum Hari Penting, Mampukah KL City Bangkit Di Final Piala AFC?

Perlawanan akhir Piala AFC antara KL City menentang Al-Seeb tinggal beberapa hari sahaja lagi dan kekalahan skuad Warga Kota dalam dua perlawanan terakhir berturut-turut dalam Liga Super menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Adakah KL City sudah bersedia untuk perlawanan akhir nanti? Sudah pasti dari segi moral pemain ia sedikit terganggu dek kekalahan yang dialami.

Namun mereka boleh menarik nafas lega seketika kerana perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan tidak perlu melalui perjalanan yang jauh berbanding lawan mereka.

Berbaki masa yang ada, ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak pasti akan melakukan sesuatu agar para pemain dapat kembalikan semangat mereka dan memperbetul kelompongan dalam pasukan beliau.

Perlawanan akhir ini sangat penting buat wakil negara dan sudah pasti mereka juga sedar akan itu kerana selain hadiah kemenangan yang lumayan, slot yang ditawarkan itu juga begitu menarik.

Slot yang dimaksudkan adalah tiket ke peringkat kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan ke peringkat kumpulan Piala AFC seandainya tidak lepas pusingan kelayakan kejohanan elit Asia itu.

Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin kerana bukan mudah untuk mendapatkan slot kelayakan ACL atau Piala AFC.

Seperti kita tahu, Hodak akan terapkan taktikal konservatif setiap kali turun bertemu pasukan kuat terutama perlawanan di tempat lawan namun perlawanan akhir di tempat sendiri akan memberi kelebihan buat skuad Warga Kota tersebut.

Bermain secara bertahan sehingga mengheret perlawanan ke sepakan penalti menjadi kekuatan buat KL City dan mungkin taktikal itu akan menjadi pilihan serta boleh membawa ‘tuah’ untuk skuad kendalian Hodak.

Apatah lagi mereka ada rekod cemerlang di SNBJ ketika muncul juara Piala Malaysia tahun lepas.

Mungkin SNBJ akan menjadi saksi sekali lagi kejayaan KL City dalam saingan kedua tertinggi di Asia.

Untuk lawan mereka, Al-Seeb pula, ketika ini mereka berada di kedudukan keenam liga selepas lima perlawanan dan dua perlawanan terakhir pasukan ini, mereka mencatat satu seri dan satu kekalahan.

Liga Profesional Oman ini baru sahaja bermula untuk musim 2022/2023 dan wakil Oman ini ada kelebihan dari segi kecergasaan dan pemain bebas dari sebarang kecederaan.

Malah masa rehat skuad bimbingan Eelco Schattorie lebih panjang berbanding KL City yang ada masa beberapa hari saja untuk melakukan persedian.

Apa pun, kita mengharapkan yang terbaik untuk skuad kendalian Bojan Hodak di pentas akhir nanti kerana jika mereka muncul juara, wakil Malaysia di ACL atau Piala AFC akan bertambah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN