2 Import Kini Sah Tandatangani Kontrak Baharu Dengan PDRM, Ada Lagi Bakal Dikekalkan?

PDRM menjadi antara pasukan paling aktif kini menandatangani pemain import mereka dengan Fadi Awad dan Kyaw Min Oo kini sah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan tersebut.

Tampil dengan rekod di luar jangkaan pada musim lalu, pastinya ramai mengharapkan momentum tersebut kekal untuk saingan musim hadapan dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).

Paling menarik, PDRM berjaya muncul selaku juara bagi saingan MFL Challenge Cup musim 2023 selepas pasukan tersebut menafikan Kuching City di pentas akhir.

Bawah kendalian Dato’ Ahmad Yunus Bin Mohd Alif, pasukan tersebut berjaya menampilkan kualiti permainan yang berdisiplin di segenap posisi menerusi gandingan bintang import dan tenaga tempatan.

Untuk saingan musim hadapan, PDRM telah pun memulakan langkah awal mereka dengan menandatangani dua bintang import mereka musim lalu iaitu Fadi Awad serta Kyaw Min Oo.

Kedua pemain tersebut boleh dikatakan membawa peranan cukup besar untuk kejayaan PDRM terutama sekali daripada segi disiplin pertahanan.

Malah, kejayaan PDRM untuk terus mengekalkan Fadi Awad antara perlu menerima pujian kerana pemain tersebut menjadi antara tunjang kekuatan The Cops untuk pertahanan serta serangan.

Persoalannya kini, adakah PDRM bercadang untuk mengekalkan semua pemain import mereka pada musim lalu yang memberi impak besar buat kelab tersebut di saingan Liga Super?

Bruno Suzuki, James Okwuosa, dan Uche Agba sehingga kini masih belum diketahui status mereka jika akan kekal atau tidak bersama kelab tersebut pada saingan hadapan.

Hanya Agba sahaja kini berkemungkinan akan kekal bersama PDRM dengan penyerang tersebut dilaporkan masih menilai tawaran pasukan itu untuk musim hadapan.

Tampil dengan reputasi cukup memberansangkan musim ini, sudah tentu PDRM melihat peluang terbaik untuk cuba mengekalkan penyerang senior tersebut bagi saingan depan demi memperkukuhkan aspek serangan.

Pemain seperti Suzuki dan Okwuosa juga ada kemungkinan kini turut sedang menjalani proses rundingan kontrak mereka untuk musim hadapan untuk kekal bersama PDRM.

Malah ada juga kemungkinan dua pemain tersebut kini sedang diintai kelab-kelab lain yang berpangkalan dalam dan luar negara kerana prestasi cemerlang dipamerkan mereka pada tahun lalu.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN